Tuala wanita bersifat sebagai bahan penyerap oleh wanita apabila didatangi haid, darah nifas, selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan dan mengelakkan darah mengalir keluar lebih banyak daripada faraj....
Dalam tempoh terkini, kebanyakan tuala wanita yang biasa diguna pakai adalah tuala pakai-buang dan diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak menjadi gel apabila ia menyerap cecair....
Namun, di sebalik kecanggihan teknologi daya serapan tuala pakai-buang, ramai tidak menyedari bahan berwarna putih jernih ini terlebih dulu diproses menggunakan campuran kimia seperti bahan pemutih (bleaching agent), nyahkuman menggunakan bahan disinfektan dan ada antaranya di tambah pewangi bertujuan menutupi bau tidak dikehendaki.
Semasa pembuatan rayon daripada pulpa kayu pula, ada juga bahan kimia dioxin dilepaskan menyebabkan ada sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada bahagian vulva serta faraj....
Berikut disenaraikan beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat pemakaian tuala wanita;















