Showing posts with label PRANK. Show all posts
Showing posts with label PRANK. Show all posts

Saturday, 16 May 2015

PRANK KEJAM HARI IBU BUAT RAKYAT KEMBOJA MARAH

]



PRANK KEJAM HARI IBU BUAT RAKYAT KEMBOJA MARAH | Sebuah rancangan TV di Kemboja telah mengeluarkan surat permohonan maaf secara terbuka selepas melakukan ‘prank’ kejam terhadap seorang gadis berusia 13 tahun sempena Hari Ibu.



Gadis yang dikenali sebagai Autumn Allen itu telah ditipu seolah-olah dia akan bertemu kembali ibunya yang hilang sejak tujuh tahun lalu dalam rancangan berkenaan. Autumn seorang penyanyi dan penulis lirik terkenal telah dijemput sebagai tetamu istimewa untuk rancangan khas Hari Ibu Penh Chet Ort (Like It Or Not).



Apabila pengacara itu pengacara itu berkata Autumn akan bertemu ibunya kembali penyanyi itu berkata ia seperti mimpi menjadi kenyataan sambil menitiskan air mata. Namun sebaliknya menampilkan seorang pelawak tempatan, Chuop Rolin yang berlakon sebagai ibunya.