Showing posts with label Bijak. Show all posts
Showing posts with label Bijak. Show all posts

Monday, 11 May 2015

8 KENYATAAN KURANG BIJAK YANG PERNAH DIUCAPKAN RATU-RATU CANTIK

Derp!


heboh cerita peserta Dewi Remaja tak tahu apa itu GST. Jangan marah kerana Tun Mahathir sendiripun tak paham GST. Yang paham hanya Ahmad "CGPA 3.85" Maslan. Mari tengok beberapa lagi kenyataan kurang genius yang diberikan oleh ratu cantik apabila ditanyakan soalan intelektual. 










Sumber Cosmopolitan


Sumber:

Sunday, 10 May 2015

GENIUS - CARA BIJAK PELAJAR KOLEJ MELAWAN KEPANASAN MUSIM PANAS DI CHINA (12 GAMBAR)

GENIUS - CARA BIJAK PELAJAR KOLEJ MELAWAN KEPANASAN MUSIM PANAS DI CHINA (12 GAMBAR) | Apabila musim panas tiba ribuan pelajar kolej di China terpaksa berpanas di dalam asrama yang tidak dilengkapi air cond. Kami pernah tunjukan bagaimana student terpaksa tidur di atas atap asrama pada waktu malam dan ada juga kolej membuka dewan serbaguna berhawa dingin bagi memastikan student tidak mati kepanasan.



Pada waktu siang mahu tidak mahu terpaksa juga mereka menahan panas. Tetapi kini ramai sudah mempunyai idea bijak untuk menyelesaikan masalah ini. Beli kolam kecil kanak - kanak dan lepak di dalamnya ketika cuaca panas. Nice idea walaupun tidak praktikal! 




Monday, 4 May 2015

Wanita Punggung Besar Mempunyai Anak Lebih Bijak



Wanita Punggung Besar Mempunyai Anak Lebih Bijak





Wanita Yang Memiliki Punggung Besar, Mempunyai Anak Lebih Bijak? | Jangan terkejut dengan tajuk yang disediakan. Ya, benar. Wanita yang memiliki punggung yang besar akan mempunyai anak yang lebih bijak.

Para penyelidik telah melakukan kajian dan mendapati bahawa lemak berlebihan di peha dan punggung menyumbang kepada perkembangan otak bayi semasa penyusuan.

Patutlah senaman squat atau pun mencangkung, jadi trend sekarang ni untuk mendapatkan punggung yang besar. Haha.

Berbanding dengan lelaki, wanita mempunyai jumlah lemak badan lebih banyak. Taburan lemak badan juga sangat berbeza, dimana wanita mempunyai lebih banyak lemak dan kurang abdomen perut, serta lemak visceral berbanding lelaki, yang menyebabkan nisbah pinggang ke pinggul lebih rendah.

Saturday, 18 April 2015

Fakta Kenapa Rakyat Terengganu Dan Kelantan Sangat Bijak

Menapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?


2

Satu kajian tidak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.





2

Hidangan nasi dagang bersama ikan tongkol (foto dari: resepinannie.blogspot.com)

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

Sebenarnya pemakanan juga adalah salah satu medium untuk merangsang minda, tetapi jika dilihat dari sudut lain pula ia berbalik kepada diri sendiri, jika di dalam diri sudah tertanam azam dan keinginan untuk berjaya pasti apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.

Selain itu faktor persekitaran juga mempengaruhi perkembangan minda, keadaan sekeliling yang sederhana dan penerapan dalam ilmu agama sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran seseorang itu menjadi lebih kreatif dan ingin berusaha.

Paling utama sekali perlulah diterapkan kesedaran dikalangan anak-anak betapa pentingnya ilmu, bagi kami pemakanan adalah faktor kedua, asalkan anak-anak itu diberi makanan yang halal dan berkhasiat itu pun sudah memadai.

Apa pendapat anda?