Showing posts with label Terbesar. Show all posts
Showing posts with label Terbesar. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Jom Lihat Bilik Kebal Bank Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Bank Simpanan Emas Terbesar di Dunia, Sesuai namanya, Federal Reserve Bank of New York terletak di New York di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat Bilik Kebal (ruang simpanan) emas terbesar di dunia. 

Di Bilik Kebal ini dianggarkan terdapat 10% dari simpanan emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai US $ 270 bilion. Simpanan emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara lain, yang mempercayakan disimpan di The Fed Bank of New York. 

Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam bilik kebal tersebut.


Saturday, 9 May 2015

Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini, sujud boleh melihat terus ke dalam laut


Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi.



Masjid Hassan II merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.



Masjid dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.



Ini merupakan permintaan khas dari Raja Hassan kerana di dalam Al-Quran, kitab suci umat Islam, disebutkan bahawa singgahsana Tuhan terletak di atas laut. Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus ke dalam laut.

Friday, 8 May 2015

Subhanallah, pokok terbesar di dunia yang masih hidup dengan usia ribuan tahun



Pohon Terbesar Dunia



Salah satu dari pokok-pokok yang paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya dianggarkan antara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman", dianggarkan bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi, tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya.



Pada tahun 2002 pokok ini pernah diukur iaitu sebesar 1487 meter padu. Pohon Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.



James Wolverton seorang Leftenan pada pasukan askar berkuda Indiana ke-9 di bawah pimpinan Sherman menamakan pokok ini dengan nama ketuanya pada tahun 1879. Pohon ini sebenarnya sudah dianugerahi gelaran sebagai yang terbesar sejak tahun 1931, dilihat dari faktor kematangannya.



Diukur dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar setiap tahun. Diameternya 1,4 meter di atas tanah adalah 7,7 meter, 18 meter di atas tanah adalah 5,3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah 4,3 meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40 meter.


Sunday, 3 May 2015

Inilah Meriam Terbesar Dunia Hitler Gunakan Untuk Takluk Eropah




Meriam Hitler



Meriam Terbesar Dunia Zaman Hitler Gunakan Untuk Takluk Eropah | Inilah Meriam Terbesar Dunia Zaman Hitler Gunakan Untuk Takluk Eropah Dalam usaha untuk menakluk Eropah, Adolf Hitler perlu memikirkan strategi untuk memasuki negara jirannya terlebih dahulu iaitu Perancis.



Memetik Scripters News, beliau merancang untuk menyerang negara itu melalui sempadan yang dilindungi oleh kubu-kubu konkrit dan untuk menembusinya, Hilter memerlukan satu senjata yang sangat kuat.