Showing posts with label Extrem. Show all posts
Showing posts with label Extrem. Show all posts
Wednesday, 13 May 2015
Jom Lihat Tandas Paling Extrem Dan Menakutkan Di Dunia
Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.
Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.
Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu.
Monday, 11 May 2015
Inilah Lebuhraya Paling Extrem Hanya Di Rusia
Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah jalan tanah. Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil hingga yang besar.
Dikatakan bahawa jalan ini akan menjadi permukaan yang berlumpur sedalam 1 meter setiap musim panas untuk 2 3 bulan (biasanya bulan Julai dan Ogos). Pada musim luruh pemukaan jalan ini akan membekukan kembali dan menjadi lebih baik.
Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah, Lebuhraya Lena berada dalam keadaan yang cukup baik pada musim sejuk. Tetapi semasa di musim panas jalan ini bertukar menjadi lebuh raya yang mengerikan dan menakutkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)