Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Friday, 19 June 2015
Kecewa, Terkilan Dan Sedih... Isteri Yang Hamil 4 Bulan Hanya Tahu Suami Kahwin Lain Selepas Suami Maut Kemalangan
#KOTA TINGGI 17 Jun - Pasangan pengantin yang baru bernikah beberapa hari lalu , Rohayu Abas, 29, dan suaminya, Abdullah Suhaime Abd. Rahman, 30, maut apabila kereta Ford Fiesta mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen Petron, Batu 1 Jalan Mawai di sini hari ini.
#Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah ibu pengantin lelaki, Rokiah Abu Bakar, 52.
#Ketua Polis Daerah Kota Tinggi , Super-intenden Rahmat Othman berkata, nahas berlaku pada pukul 5.05 pagi apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Mersing menuju ke Johor Bahru hilang kawalan lalu bertembung dengan lori berkenaan.
Sunday, 24 May 2015
Taktik Baru Jika Ditanya 'Bila Nak Kahwin?'
Anda sering ditanya bila nak kahwin? Soalan biasa yang kerap diajukan ketika anda menghadiri majlis perkahwinan, ketika musim raya atau melawat saudara-mara, lebih-lebih lagi makcik atau pakcik atau orang-orang tua yang ‘prihatin’ dengan masa depan kita.
Dan semestinya anda akan berikan jawapan yang serupa sehingga tak larat hendak ulang, kan? Senyum pun nampak kelat, ketawa seperti dibuat-buat, hendak marah pun tak sampai hati.
Thursday, 21 May 2015
Hukum Buat Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci
Hukum Buat Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.
“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.
Othman berkata, pihak yang terbabit meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain.
Bagaimnapun, katanya, perbuatan sedemikian patut dielakkan.
“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja,” katanya.
Beliau juga berkata, pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.
Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir, berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.
Sunday, 10 May 2015
Tak tahan Kena Paksa Kahwin, Cikgu Sekolah Agama Tikam Mati Janda Anak 4 (Gambar)
ABANG mangsa Nor Salizam Nazir, 40 menunjukkan wajah arwah adiknya yang dijumpai dibunuh di Kuala Kubu Bharu. Mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian. – Gambar: BeritaHarian
KUALA LUMPUR: Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R Supramaniam, berkata mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian.
“Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Saturday, 2 May 2015
Kisah Benar Bertunang Sesaat – Kahwin Paling Mudah, Halal Elak Maksiat
1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya “mu nak nikah tak harini?”
Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha. Ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku , dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?”
Ustaz tu cuma jawap “boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat” ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat” dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
Saturday, 25 April 2015
[GAMBAR] WOW! Budak Lelaki 9 Tahun Kahwin Wanita 62 Tahun
BUDAK 9 TAHUN MENGAHWINI PEREMPUAN 62 TAHUN | Seorang budak lelaki yang berumur 9 Tahun, bernama Saneie Masilela telah mengahwini seorang perempuan yang sudah tujuh kali berkahwin sepanjang hidup dia. Berita ini agak menggemparkan dunia. Budak 9 tahun mengahwini perempuan 62 tahun.
Budak 9 tahun mengahwini perempuan 62 tahun. Ini lagi mengejutkan apabila mengetahui umur perempuan yang dikahwini oleh Saneie ialah 62 tahun. Perbezaan umur yang terlalu jauh. Ikutkan kalau umur sebegini dah pangkat nenek dan cucu tapi dalam kes ini, mereka ialah suami isteri. Memang sangat mengejutkan.
Budak 9 tahun mengahwini perempuan 62 tahun. Ini lagi mengejutkan apabila mengetahui umur perempuan yang dikahwini oleh Saneie ialah 62 tahun. Perbezaan umur yang terlalu jauh. Ikutkan kalau umur sebegini dah pangkat nenek dan cucu tapi dalam kes ini, mereka ialah suami isteri. Memang sangat mengejutkan.
Budak 9 tahun mengahwini perempuan 62 tahun. Lagi tak masuk akal, perempuan tersebut melakukan ciuman di hadapan bekas suami dia yang memakai tali leher bercorak jalur warna kuning. Perasaan bekas suami perempuan tersebut, Alfred Shabangu, 66 tahun agak hiba dan sedih apabila melihat bekas isterinya bercium dengan suami baru.
Dalam 100 tetamu yang hadir ke majlis persandingan yang luar biasa ini. Majlis persandingan ini bertempatkan di Ximhungwe, Mpumalanga, South Africa.
Video persandingan ada di sini : Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)