Friday 17 April 2015

Perkahwinan Diraja Paling Mahal Di Dunia

     

2

Berkahwin dengan putera raja atau puteri raja adalah satu perkara yang sangat dimpikan oleh kita semua. Namun,tak semua impian menjadi kenyataan.


Berikut merupakan perkahwinan diraja paling mahal didunia :

1. PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON

2

Perkahwinan diraja paling dinanti ramai ini menelan belanja kira-kira $80 juta (RM200 juta). Gaun yang dipakai Kate sahaja berharga $400,000 (RM1 juta). Dan kerana hari perkahwinan mereka diisytihar cuti umum, ekonomi tempatan dikatakan kerugian kira-kira $6 bilion (RM21 bilion).

2. PUTERA CHARLES & PUTERI DIANA

2

Perkahwinan yang dianggap sebagai sejarah penting dunia ini sememangnya menyerupai sebuah perkahwinan di alam fantasi. Nilai perkahwinan ini dianggarkan $110 juta (RM390 juta). Antara yang menjadi kenangan dalam perkahwinan ini tentu sekali ‘train’gaun Diana yang sepanjang 25 kaki!





3. SHEIKH MOHAMMED & SHEIKA HIND BINT MAKTOUM

2

Bekas pemerintah Dubai ini menjadikan perkahwinannya sebagai satu acara festival besar yang berlangsung selama 7 malam. Malah sebuah stadium dibina untuk memuatkan 20,000 jemputan pada majlis ini. Kos pembinaan stadium itu sahaja mencecah $100 juta (RM300 juta).

4. PUTERA FELIPA & LETIZIA ORTIZ

2

Putera Sepanyol ini memilih untuk mengahwini personaliti TV, Letizia Ortiz dan membelanjakan kira-kira $29 juta (RM103 juta).

5. PUTERI VICTORIA & DANIEL WESTLING

2

Puteri Mahkota Sweden ini mengahwini jurulatih kecergasan dan pemilik gim, Daniel Westling di hadapan kira-kira 250,000 jemputan (150,000 daripada mereka adalah pelancong). Kos majlis perkahwinan adalah $3 juta (RM10 juta).

No comments:

Post a Comment