Tuesday 28 April 2015

Sekali Lafaz, Sam Bunkface Sah Bergelar Suami Orang




Shamsul Annuar Mohd Baharum, 28, atau lebih dikenali sebagai Sam Bunkface  dan pasangannya Aida Azira Hussin, 28, telah berjaya diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah sebentar tadi.

Sam yang diakad nikah oleh Ustaz Mohd Ramizi berjaya melafazkan akad dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana di Dewan Sapura, Mines Resort City 9.24 pagi tadi.


Aida Azira yang diwalikan oleh abang kandungnya, Azree Husin telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah dan telekung, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.


Sam pula menerima tiga dulang hantaran iaitu cincin, senaskah Al Quran serta sejadah.
Majlis persandingan diadakan di lokasi sama tengah hari ini. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment