Sunday 26 April 2015

8 Remaja Lelaki & Perempuan Ditahan Rompak 7Eleven


Sekumpulan lapan remaja yang terdiri dari empat lelaki dan empat perempuan didakwa telah ditahan pihak berkuasa kerana melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka Seven Eleven di Taman BDC, Kota Kinabalu, Sabah.

Remaja yang dipercayai pasangan kekasih itu cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta proton Wira dari pihak polis namun berjaya diberkas selepas berlakunya aksi kejar mengejar.



Menurut sumber, kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan ditahan reman untuk membantu siasatan.











 

No comments:

Post a Comment