Thursday 30 April 2015

Harga Kad Prabayar Telefon Kekal Sebelum GST Mulai 1 Mei




Syarikat telekomunikasi akan kembali menetapkan harga tambah nilai prabayar kepada kadar asal mulai 1 Mei ini.


Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, syarikat telekomunikasi telah dimaklumkan supaya mengembalikan kadar sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April lalu.

" Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) Berkuatkuasa 1 Mei ini ".

Ini bermakna isi semula tambah nilai RM10 akan dijual pada harga RM10 berbanding harga termasuk GST iaitu RM10.60

No comments:

Post a Comment