Wednesday 27 May 2015

Bahaya Pakaian Berwarna Kuning?

Setiap orang mempunyai warna kesukaan masing-masing, termasuk kuning. Satu kajian mendapati, penggunaan warna kuning dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius.


Gadis Berbaju Kuning

Gambar hiasan.

Berdasarkan penemuan awal daripada kajian sebelumnya mendapati, bahan kimia beracun yang dikenali sebagai bifenil berpoliklorin (PCB), ditemui dalam pewarna kuning pada pakaian dan peralatan cetakan.

Bahan kimia itu dianggap mungkin menjadi karsinogen kerana diketahui dapat menyebabkan kanser pada haiwan, namun kesannya terhadap manusia belum diketahui.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati, bahan kimia tersebut dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding kecacatan ketika lahir, kanser dan masalah perkembangan anak.

Penyelidik dari Universiti Rutgers di New Jersey, AS, Lisa Rodenburg berkata, produk kegunaan harian paling banyak mengandungi bahan kimia terbabit.

Betapa Besarnya Pahala Seorang Ibu Yang Melahirkan Anak

Hanya 5 peratus bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


Ibu Mithali

Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

80 peratus wanita mengalami sindrom 'Baby Blues' semasa 2 minggu pertama selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

Biodata Lengkap IBLIS Yang Kita Wajib Tahu

Maka, mereka dengan serentak bersujud kepada Adam, kecuali Iblis yang ingkar dan menolak perintah Allah. Allah murka kepada Iblis kerana sombong, membangkang dan tidak mempatuhi perintahNya lantaran merasa dirinya paling hebat, paling sempurna dan paling mulia. 


Biodata IBLIS

Kemudian, Iblis pun melontarkan kata kata yang membuat Allah menjadi lebih murka lagi, “Aku lebih mulia dari Adam. Aku diciptakan dari api, sedang dia diciptakan Adam dari tanah”, al-Baqarah. 

Oleh kerana itu, Iblis telah dilaknat dan diusir dari lingkungan para malaikat yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan menyembah Allah siang dan malam. 

Wajah Iblis yang dulunya tampan dan bercahaya berubah menjadi hitam dan kelam. Iblis merasa sakit hati. Apalagi setelah Allah menempatkan Adam a.s. di syurga dan dikurniakan seorang isteri bernama Siti Hawa, maka Iblis bertambah dengki dan berdendam kepada mereka.

Ganjilnya Ayam Menetas Tanpa Sehelai Pun Bulu

Pelik apabila seekor ayam yang menetas tanpa sehelai bulu pun di China. Tak tau la nak kata nasib malang atau nasib baik. Nasib malang bagi ayam tersebut la togel bogel, tapi nasib baik bagi manusia senang masak tak perlu dah nak cabut bulu hehee..

Ganjilnya Ayam Menetas Tanpa Sehelai Pun Bulu

Ayam yang digelar Mr Feather (Ha Mao dalam Bahasa Cina) itu lahir tanpa sehelai bulu pun. Dogol sedogolnya..

Pemiliknya, Lao Yin berkata, "Saya mula menyedari ia berbeza selepas hari yang ke 10 selepas ayam ini menetas, yang lain berbulu, manakala yang ini lahir tanpa bulu."

Iblis Merasai Kesakitan Setiap Makhluk Saat Kematiannya

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka’bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, “Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: “Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat”.



Maka di jawab Allah SWT: “Hai Adam, kamu akan menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir”.

Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: “Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut”. Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: “Tuhanku, cukup!! cukup!!”

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: “Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka’abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: “Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suara yang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.

Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.

Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: “Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanyakepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka”.

Jambatan Paling 'Ngeri' Serata Dunia Termasuk Di Malaysia

Ini adalah gambar jambat-jambatan yang disifatkan sebagai 'ngeri' di seluruh dunia. Rekaan serta kedudukan tempat dimana jambatan-jambatan ini dibina menyebabkan bukan semua orang berani untuk cuba meniti. 


Tak sangka negara Malaysia mempunyai jambatan yang termasuk dalam kategori ngeri.



Crazy Curves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia



Jambatan Paling 'Ngeri' Serata Dunia Termasuk Di Malaysia


Jangan Ambil Harta Di Sungai Furat, Lupakan Kekayaan Itu!

Namanya Sungai Eufrat atau Furat. Turut dikenali dengan nama lain iaitu Euphrates dan al-Furat yang bermaksud 'air paling segar'. Sungai Furat antara sungai terpanjang di Asia Barat. Ia merentasi tiga buah negara iaitu Iraq, Syria dan Turki.



Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Maka ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu".

Dalam riwayat lain pula disebutkan: "Sudah dekat suatu masa dimana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir disitu janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis itu jelas menerangkan bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar ini akan surut apabila tiba waktunya. Ketika itu akan tersingkaplah harta karun yang tersembunyi di dalamnya.

Begitu besar nilainya apabila diibaratkan bagai gunung emas hingga manusia sanggup berbunuhan untuk merebut kekayaan itu.

Jom Lihat Babak Yang Terkantoi Ketika Pengambaran Filem


Babak Yang Terkantoi Ketika Pengambaran Filem




Jom Lihat Suasana Dalaman Bas Mewah Untuk Pemandu Nascar

NASCAR mempunyai43 pemandu secara profesional yang mengembara 36 negeri setahun. Oleh disebabkan mereka banyak menghabiskan masa merek diatas jalan, jadi mereka memilih alternatif ini sebagai rumah kedua mereka. 




Kerana Sekeping Kertas Awek Cun Di Buru 2000 Lelaki

Dalam rangka perayaan Hari wanita yang jatuh pada 8 Mac, sebuah Universiti Sains dan teknologi di Chengdu memberikan setiap mahasiswi sekeping kertas. Masing-masing dari mereka diminta untuk menuliskan keinginan mereka yang akan dilekatkan di dinding 'keinginan'

Demi untuk mendapatkan teman lelaki, Zhang Mengqian, seorang mahasiswi dari China. Beliau telah menulis sebuah mesej yang menyebabkan dia di buru olah ramai jejaka yang berhimpun untuk berkenalan dengannya. dan inilah yang ditulis oleh Zhang.

"Nama saya Zhang Mengqian, mahasiswi tahap pertama, dan saya rasa saya cukup menarik. Tapi anehnya, saya sukar untuk mendapatkan teman lelaki. Bagaimanapun, saya percaya pada yang namanya takdir. Jika kamu mempunyai keinginan yang sama, sila datang ke bawah asrama saya dan teriakkan nama saya antara pukul 12:30 hingga 12:50 pada 11 Mac. saya akan memperhatikan kamu diam-diam dari dalam asrama. jika kamu jenis saya, saya akan turun menemuimu. "

Yang jadi permasalahan Zhang tidak tahu nisbah antara mahasiswa dan mahasiswi di kampus tersebut menyebabkan begitu ramai yang tertarik dengan mesej yang di sampaikannya.

Mesej tersebut menjadi sangat popular dan menggemparkan.
tepat 11 Mac, lebih dari 2000 pelajar berkumpul di depan asrama si gadis tersebut. namun hanya satu daripada mereka yang (berani) berteriak.


Kisah Insan Yang Dihina Seekor Anjing

Suatu hari, Abu Yazid sedang berjalan di suatu lorong, maka datanglah seekor anjing. Beliau menarik sedikit pakaiannya agar tidak tersinggung oleh anjing itu.



Gambar hiasan

Anjing itu pun berkata-kata dalam bahasa manusia: "Jika aku kering, sia-sia menyinggung aku. Jika aku basah, tuan boleh cuci pakaian itu dengan air. Tapi benci yang ada dalam hatimu terhadapku tidak dapat dibasuh dengan tujuh batang sungai. Dosa batin itu payah hendak dibasuh!".

Abu Yazid berkata kepada anjing itu: "Engkau sangat bijak, marilah tinggal bersamaku!".

Kisah Neraka Jahannam

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.



Gambar hiasan

Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. 

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Kisah Seorang Pengutip Sampah Jadi Model Iklan

Pengutip Sampah Jadi Model Iklan






Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali inilah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib seorang pengutip sampah yang berubah menjadi model iklan kerana kejujurannya.



Ana dos Santos Cruz, 23, terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, dekat Sao Paulo di selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.



Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam.



Cek yang bernilai ?£52,000 (RM198,000) yang ditemuinya itu adalah untuk didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.



Ana kemudiannya bertindak memulangkan semula cek tersebut kepada pengarah hospital berkenaan pada keesokan harinya.




Lebih Banyak Kubur Ditemui, Jumlah Mayat Belum Pasti







DALAM laporan terkini, pihak berkuasa berjaya menemui lebih banyak kubur dan kem pemerdagangan manusia di sebuah kawasan pedalaman di sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur dan 28 kem tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

Luarbiasa! Kenapa Bibir Tidak Bergerak Ketika Menyebut Kalimah LA ILA-HA ILLALLAH?

Cuba anda baca kalimah LA ILA HA ILLALLAH... Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan?



Kenapa?

Kerana itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba-hamba hamba-Nya.

Di antara hikmahnya adalah kerana apabila seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi untuk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja. 

Maha Suci Allah.

Begitulah tanda sayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya

Tuesday 26 May 2015

Misteri Penemuan 6 Rangka Dalam Kereta tenggelam Selama 40 tahun

Enam jasad manusia terbaring di dasar tasik di Oklahoma selama lebih dari 40 tahun. Tak ada menyedarinya sehinggalah seorang pegawai peronda menemui dua kereta tua berkarat yang mengandungi jasad mereka.

Kini misteri ini menanti untuk diselesaikan: bagaimana 3 remaja dan 3 orang lain menghilang lebih dari dekad lalu?

Penemuan itu sama sekali tak terduga. Pada awalnya, pegawai peronda lebuhraya menguji peralatan sonar mereka di Tasik Foss, berhampiran Elk City, Oklahoma, Jumaat lalu. Alat mereka 'mengesan' benda misteri di dasar tasik, yang ditemui sebagai kereta Camaro keluaran 1969 dan Chevrolet pengeluaran 1950-an. Dalam keadaan berkarat.

Yang lebih mengejutkan, di dalam Camaro terdapat 3 jasad yang diduga remaja setempat yang hilang selepas perjalanan menaiki kereta pada 1970. Di dalam Chevrolet lain juga mengandungi 3 jasad - yang diduga sebagai seorang lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang di akhir 1950-an atau 1960-an.

Polis mengatakan, Camaro yang dijumpai sesuai dengan keterangan kenderaan yang dikaitkan dengan kehilangan 3 remaja yang hilang pada 10 November 1970. pegawai juga mengesahkan identiti sekurang-kurangnya satu korban, meski detail lengkap belum diungkap.

Laporan terkini dari stesen televisyen tempatan, KFOR, di petik dari Daily Mail, polis akan mengumumkan kepastian identiti mangsa setelah terlebih dahulu memberitahukannya pada keluarganya.

Hilang Tanpa Jejak

Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

Pada 4 Jun 2013, sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat.


Ufo hunting planes

Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut, pesawat mula terbang dengan tidak stabil. Untuk keselamatan penumpang serta kakitangan, pesawat terbabit berpatah balik ke Chengdu.

Selepas ia mendarat, bahagian hadapan pesawat didapati telah remuk. Para penyiasat menolak kemungkinan ia disebabkan terlanggar burung. Ini kerana, jika terlanggar burung, biasanya akan ada kesan darah, bulu serta cebisan badan burung. Mereka percaya pesawat ini telah berlanggar dengan sebuah objek yang sedang terbang!


Boeing 757 by China Airlines

Bahagian depan pesawat Boeing 757 China Airlines yang remuk.

Yang biasanya terdapat di udara hanyalah kapal terbang, helikopter, burung, belon dan UFO!

Semua pesawat komersial dan tentera, terbang pada arah dan ketinggian yang telah ditetapkan. Jadi, tidak akan berlaku sebarang perlanggaran. 

Jika altimeter atau meter yang menunjukkan ketinggian pesawat sedang terbang rosak, pusat kawalan trafik udara akan memaklumkan pada juruterbang kerana mereka dapat mengesannya pada radar kawalan udara bila ketinggian pesawat berubah.

Sementara semua pesawat udara mematuhi peraturan penerbangan, UFO pula tidak terikat dengan undang-undang ini, maka risiko akan berlaku perlanggaran adalah tinggi. Akan tetapi jika UFO dibawah kawalan suatu sistem yang canggih, ia dapat mengelak tragedi ini.

Nak Kaya Punya Pasal, Kena Cium Wang Berkepuk Kepuk Ke?









NASA Sah Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud






Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi gemuruh aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.

Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.

Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk.

Piala FA: Leuniey Selar Orang Kritik Prestasi Suami







Sudah adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Namun, tak semua dapat menerima kekalahan pasukan Kelantan yang tewas 3-1 kepada team dari Singapura LionsXII, Sabtu lalu.

Terasa dengan kritikan sesetengah pihak yang mengkritik prestasi suaminya Khairul Fahmi yang merupakan penjaga gol pasukan The Red Warriors, Leuniey meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram.

Semangat Wanita yang Kehilangan Anak Kesayangannya Ini Buat Ramai Kagum

Kagum Dengan Semangat Wanita Ini






Seorang wanita yang kehilangan anak kesayangannya wajar diberi pujian apabila beliau tetap tabah dan tersenyum dan redha dengan ketetapan Allah.



Gambar yang diikuti dengan caption bersemangat waja itu mendapat perhatian dari seluruh rakyat Malaysia dan ramai yang mendoakan mereka sekeluarga.


Sepuluh Soalan Sebelum Bertunang

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.


Sepuluh Soalan Sebelum Bertunang

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Tahukah Anda Barangan Pelik Yang Cuba Di Jual Di Ebay?

eBay adalah pasar lelong online terbesar di dunia. Banyak barang yang dijual di eBay. Namun, tahukah anda bahwa ada benda-benda pelik yang pernah dijual di eBay?
Bila belum,tengok senarainya di bawah.

Slightly Used Nuclear Missile Silo




Rudal Nuclear 1 silo terletak di Central Washington Larsen Air Force Base,keluasan tempat ini 57 hektar di atas tanah dan memiliki ruang besar yang terdiri dari 16 bangunan dan ribuan kaki yang terhubung dengan terowong bawah tanah.Rudal tersebut ditawar sehingga $1,5 juta.

Negara Belgium di jual di eBay



Negara Belgium merupakan salah satu negara yang pernah dijual di eBay. namun pada akhirnya negara tersebut tidak jadi di jual setelah tawaran mencapai 10 juta Euro ($ 14 juta).

Berlian yang terbuat dari Rambut Beethoven



Diamond Beethoven terbuat dari karbon yang diperoleh dari beberapa helai rambut Beethoven.Berlian tersebut merupakan salah satu dari tiga berlian yang pernah diciptakan, tetapi hanya satu yang tersedia dijual kepada orang awam dengan harga 1 juta dolar.

Wanita Jadi Cantik Hasil Dari Urutan Dan Sudu Sejuk

Seorang ibu daril Korea Selatan mengaku telah membuat wajah putrinya lebih cantik hanya dengan mengurut wajahnya menggunakan tangan dan dua sudu. Aktiviti itu dilakukannya selama 16 tahun.

Korea Selatan kini memang terkenal dengan pembedahan plastik yang boleh mengubah wajah wanita jadi cantik dalam waktu yang singkat. Tapi seorang ibu mendakwa membuat wajah putrinya menjadi lebih cantik hanya dengan bantuan urutan dan sudu.

Tindakan tersebut didakwa telah membuat wajah putrinya, dagu lebih 'runcing', mata lebih besar, kulit cerah dan membuat kelopak mata ganda.

Ia juga secara rutin mengurut bahagian kelopak mata putrinya dengan sudu sejuk selama dua puluh minit setiap hari. Ia menyimpan sudu di dalam peti ais beku pada malam hari dan meletakkan dua sudu sejuk pada mata putrinya di pagi hari. Cara ini diakuinya boleh membuat mata putrinya lebih lebar dan kelopak mata ganda.

Selepas 16 tahun, kini wajah putrinya yang menginjak remaja kelihatan lebih cantik dengan dagu runcing, mata lebar dan kulit cerah. Si ibu mendakwa ini berkat usaha dan ketelitiannya, bukan pembedahan plastik. 

CARA-CARA SAMAK TERKENA NAJIS ANJING DAN KHINZIR


Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut;

Huraian ;

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda; 


“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim). 

Caranya ialah;


Pertama ; Buang najis terlebih dahulu


Kedua ; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).


Ketiga ; Bilas dengan air biasa yang suci sebanyak enam kali.

Fathia Latiff Bengang Dituduh Bogel Dalam Filem Terbaru



Gara-gara tajuk yang menimbulkan kontroversi di portal Malaysian Digest, Fathia Latiff menafikan perkara tersebut dan menyifatkan laporan yang telah tersebar di laman sosial ketika ini telah menjatuhkan maruahnya.


JUAL MARUAH ONLINE!! WAJAH BUDAK JUAL MARUAH DI FACEBOOK TERSEBAR DI INTERNET




JUAL MARUAH ONLINE!! WAJAH BUDAK JUAL MARUAH DI FACEBOOK TERSEBAR DI INTERNET | #Nak dikatakan akaun itu fake tapi rakan2nya sudah memcecah 5000 orang & yg folowernya hampir 2500....



#Tersentap kami membaca status gadis bertudung ini yang menulis 'kawan2 saya semua nak b**** saya betul ke bohong"...

Kilafairy Pantau Mesej Lucah Di Laman Sosial, Mahu Sentiasa Positif






Selain diganggu oleh segelintir peminat yang sentiasa mengikuti dirinya setiap masa dan juga menerima mesej lucah, Kilafairy mengakui bahawa ada individu yang ditugaskan mengikuti ke mana sahaja dia pergi demi keselamatannya.








Potret 3D yang Super Realistik (19 Gambar)

Nampak badass sungguh 3d art ni. Tak dapat beza kan yang mana betul yang mana tak betul. Admin buat lukisan orang jadi orang lidi. True Story...






Rita Rudaini Belum Maafkan Aidil Zafuan

Melihatkan situasi yang dialami oleh Rita Rudaini kini, dia mengakui belum memaafkan bekas suaminya lantaran meninggalkan dirinya dan anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang ayah ketika ini.










“Saya belum memaafkan dia! Apa yang dia lakukan terhadap saya dan anak-anak satu penganiayaan yang sangat besar. Anak-anak saya tidak bersalah dan masih kecil namun kenapa sanggup lupuskan kasih sayang seorang ayah di kala mereka sedang memerlukan”





“Dimanakah pula silap saya sebagai seorang isteri selama bersama lebih empat tahun?” jelas Rita kepada portal Pepatung serta menyatakan dia dan anak-anaknya kini cukup selesa hidup bertiga dan mengakui lebih rela bersendirian sampai tua.

Sejarah Hitam Wanita Dalam Teksi


Gambar sekadar hiasan






Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!!



Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Seni Pokemon dari daun








Terkejut Dilamar Suami Orang



“TIDAK keterlaluan jika saya katakan bahawa pejabat adalah rumah kedua kita. Sebab, di pejabatlah kita bertemu dengan ramai kawan, yang boleh kita anggap seperti saudara-mara kita sendiri. Kita bercerita tentang keluarga masing-masing dan berkongsi perasaan suka dan duka selain mencari kegembiraan bersama.


“Kerana itu apabila saya ditawarkan bekerja di sebuah pejabat besar dan ternama, saya merasa amat bertuah, kerana sebagai orang baru yang masih muda dan mentah, saya sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar orang yang lebih kanan di pejabat itu. Saya rasa bangga kerana kehadiran saya diterima baik menjadikan hubungan kami seperti satu keluarga besar di pejabat.’’ Itu permulaan cerita Ezzany Fitri dalam e-melnya.