Friday 17 April 2015

Love u Tun & Sentiasa Bersama Tun - Dato’ Siti Nurhaliza





Sejak akhir-akhir ini kemelut politik melibatkan 2 pemimpin tekemuka tanah air seperti tiada jalan penghujung. Sebelum ini tun pernah menyatakan "Saya sedar saya keseorangan". Kenyataan tersebut mendapat perhatian seleberiti-seleberiti tempatan


Lantas melalui Instagram  Dato’ Siti Nurhaliza. Beliau rasa sebak akan perjuangan Tun Mahathir yang sering dicemuh ekoran kemelut-kemelut politik sejak akhir-akhir ini. Menurut Dato’ Siti, pengorbanan Tun Mahathir dalam membangunkan Malaysia perlu dihargai dan dicontohi oleh semua pihak.



 



Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran & dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi..Tiada yang Muda Kalau tidak kerana Orang Tua .. #sayaanakMalaysia #sebak

Melalui ruangan komen di post tersebut, ramai peminat setuju status yang cuba disampaikan oleh Dato Siti dan mereka turut teguh menyokong Tun Mahathir 

Sejak dimuat naik tujuh jam lalu, gambar dan status isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tersebut telah disukai lebih 14 ribu pengguna lain.

We Love Tun – Che Ta






Pada masa yang sama, Che Ta turut menyatakan sokongan terhadap apa yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir.

Che Ta mengatakan pandangannya ada asasnya Tun Mahathir menegur kemelut politik terkini yang melanda negara, ini kerana sebagai seorang tokoh yang bertanggungjawab membangunkan negara pasti beliau tak nak tengok Malaysia jatuh. 

No comments:

Post a Comment