Adakah wujud spesis pokok yang boleh berubah tempat - mampu bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain, seperti kumpulan nomad di padang pasir?
Barangkali ada yang tidak percaya perkara pelik ini tapi jangan terkejut jika dikatakan sebahagian tanaman dalam hutan Amazon boleh berjalan dan beralih dari tempat asal dengan sendiri.
Spesis flora yang memiliki kemampuan pelik ini dinamakan sebagai Socratea Exorrhiza. Spesis ini terkenal dengan julukan 'Pokok Berjalan' atau 'Cashapona'. Ia merupakan sejenis pokok palma yang tumbuh di dalam hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Berdasarkan rekod, tanaman ini boleh tumbuh setinggi 25 meter dengan ukuran batangnya mencapai 17 sentimeter ukur lilit. Bukan hanya itu, pokok ini juga memiliki bentuk akar yang agak ganjil dan tidak sama dengan tumbuhan lain. Keunikan itu membuatkan pokok ini kelihatan seolah-olah 'berdiri' menggunakan akarnya.
Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts
Sunday, 24 May 2015
Friday, 15 May 2015
Inilah Pokok Bunga Yang Paling Indah Di Dunia
Taman Ashikaga Flower Park di Tochigi, Jepun ada sebatang pokok wisteria sangat cantik (gambar atas) yang sering dirujuk sebagai yang paling indah di seluruh dunia. Yang terbesar dan tertua di Jepun, pokok itu menjadi tarikan utama pelawat yang berduyun-duyun datang ke taman bunga untuk melihat ia berkembang penuh. Wujud sejak kira-kira tahun 1870, pokok itu berusia 143 tahun dan disokong oleh rasuk, yang membentuk payung bunga yang menakjubkan.
Masa terbaik untuk melawat taman untuk melihat semua pokok wisteria indah taman itu? Pertengahan -April hingga pertengahan May. Taman Ashikaga Flower Park dianggap sebagai salah satu tempat terbaik untuk melihat bunga Fuji di Jepun, taman ini boleh menjadi sangat sesak walaupun pada hari-hari bekerja semasa musim puncak.

Monday, 11 May 2015
Tahukah Anda Bahawa Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia
Sejenis pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records. kerana berbahaya, pokok ini diletakan papan peringatan yang jelas agar orang tidak menghampiri.
Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga diberi amaran untuk jarak dengan pokok itu. Buahnya mirip epal kecil, tapi hanya dengan menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU. Tidak hairanlah buah itu dinamakan manzanita de la muerte aatau buah kematian oleh Christopher Columbus.
Nicola H Strickland, perunding radiologi, pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis. "Lama-lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas," tuturnya. Kesannya berlangsung selama 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan memerlukan 8 jam untuk reda kembali ke normal.
Tidak hanya buah, getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet, dermatitis, bengkak atau luka bakar. Banyak pengembara yang mengalaminya semasa berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya. Getah dari batang yang dibawa dari titisan hujan pun juga menyebabkan luka.
Manchineel berwana hijau terang, daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap. Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas, Florida dan Caribbean. Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan buta sementara sehingga kekal.

Friday, 8 May 2015
Subhanallah, pokok terbesar di dunia yang masih hidup dengan usia ribuan tahun
Salah satu dari pokok-pokok yang paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya dianggarkan antara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman", dianggarkan bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi, tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya.
Pada tahun 2002 pokok ini pernah diukur iaitu sebesar 1487 meter padu. Pohon Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.
James Wolverton seorang Leftenan pada pasukan askar berkuda Indiana ke-9 di bawah pimpinan Sherman menamakan pokok ini dengan nama ketuanya pada tahun 1879. Pohon ini sebenarnya sudah dianugerahi gelaran sebagai yang terbesar sejak tahun 1931, dilihat dari faktor kematangannya.
Diukur dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar setiap tahun. Diameternya 1,4 meter di atas tanah adalah 7,7 meter, 18 meter di atas tanah adalah 5,3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah 4,3 meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40 meter.
Sunday, 3 May 2015
Pelik Tapi Benar Pokok Ini Tumbuh Segar Di Tengah Padang Pasir
Di tengah padang pasir yang luas, kelihatan sebatang pokok berdiri menyendiri. Pokok itu digelar The Tree of Life atau Shajarat-al-Hayat. Hampir 10 kilometer dari Askar, dan kira-kira 3.5 kilometer ke arah Barat dari Jaww.
Pokok Latin Prosopis Cineraria, merupakan pokok berbunga yang mampu menyesuaikan diri sangat baik di gurun pasir kering. Di kawasan dengan curahan hujan serendah 150 milimeter per tahun, ia masih mampu hidup.
The Tree of Life itu, tumbuh di wilayah yang tidak pernah hujan selama 400 tahun. Persekitar kawasan yang sangat kering, sedikit pun tidak membuat ia layu. Daun-daunnya tetap menghijau.
Subscribe to:
Posts (Atom)