Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts
Saturday, 20 June 2015
Tuesday, 26 May 2015
3 Bulan Tidak Makan, Rohingya Menangis Melihat Nasi Dan Lauk Selepas Diselamatkan

Seorang etnik Rohingya yang berjaya diselamatkan di Acheh, Hasan Ali dengan suara yang lemah telah menceritakan pengalamannya belayar selama beberapa bulan tanpa makanan dan minumana kepada CNN Indonesia, Hasan menceritakan yang kaumnya diskriminasi dan dilayan dengan kejam di Myanmar.
Hasan bersama lebih dari 300 warga Rohingya dan Bangladesh diselamatkan oleh penduduk tempatan Acheh Timur pada 20 Mei lalu dan di tempatkan di meunasah (bagunan yang dibina khas di kampung-kampung untuk tujuan pelajaran agama), diberi pakaian, tempat bersuci dan makanan yang disumbangkan oleh penduduk kampung.
"Tiga bulan kami tidak makan, kini kami makan," kata Hasan sambil terisak mengalirkan air mata ketika diberikan dua piring berisi penuh nasi. Melihat Hasan menangis, warga lainnya juga turut mengalirkan air mata.
Monday, 25 May 2015
7 Sebab Atau Alasan yang Boleh Digunakan Wanita Untuk Selalu Makan Coklat. #7 Paling Rare
Coklat merupakan antara salah satu makanan paling digemari di seluruh dunia di mana ia mempunyai penggemarnya tersendiri terutama bagi golongan wanita.
Makanan ini juga dikatakan melambangkan rasa kasih sayang di mana ramai lelaki akan membelikan coklat kepada wanita kesayangannya.
Selain itu, tahukah anda bahawa coklat mempunyai khasiat yang amat baik untuk wanita? berikut adalah tujuh khasiat coklat terhadap kesihatan wanita.
1. Dapat Mencegah komplikasi semasa hamil
Thursday, 21 May 2015
Bolehkah Makan Dengan Tangan Kiri?
Diketahui ramai, tangan kiri sememangnya tidak sesuai digunakan untuk menyuap makan ke mulut. Tapi, mengapa? Entri ini merungkai persoalan anda.
Dek kerana kidal, mungkin ada sesetengah orang yang tidak biasa makan menggunakan tangan kanan.
Hukum asal untuk seseorang Muslim itu makan adalah dengan menggunakan tangan kanan berdasarkan hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Janganlah sesiapa daripada kamu makan dan minum dengan tangan kirinya kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).
Dek kerana kidal, mungkin ada sesetengah orang yang tidak biasa makan menggunakan tangan kanan.
Hukum asal untuk seseorang Muslim itu makan adalah dengan menggunakan tangan kanan berdasarkan hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Janganlah sesiapa daripada kamu makan dan minum dengan tangan kirinya kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).
Monday, 18 May 2015
Subhanallah, Hikmah makan menggunakan tangan
1. kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun
ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Monday, 4 May 2015
SUKA MAKAN HATI AYAM ?? INILAH BAHAYA MAKAN HATI AYAM !!

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Thursday, 30 April 2015
Lembu Membunuh dan Makan Dua Ekor Kambing
Sebuah keluarga di Miti Mingi Village di Nakuru County terasa terkejut selepas lembu yang dipelihara mempunyai keinginan untuk memakan daging kira-kira seminggu yang lalu.
Sebelum itu Charles Mamboleo berkata, dia terperanjat apabila bangun pagi Rabu lalu dan mendapati lembunya memakan seekor bebiri yang ditanduk hingga mati
Pada hari berikutnya, Lembu tersebut masih makan kambing biri-biri yang lain, walaupun telah memberikan makanan segar dan air di dalam bekas makan yang berlabuh yang luas.
"Selepas kejadian pertama, kita fikir lembu itu lapar, jadi kami telah meningkatkan bekalan rumput dan air, tetapi ia masih terus mengejar kambing biri-biri," kata Encik Mamboleo.
Isterinya bernama Consepta Kerubo, melahirkan kebimbangan bahawa binatang itu akan mula makan anak-anak kecil mereka
Rumput hijau telah berkurangan di daerah ini disebabkan oleh kemarau.
"Musim kering, yang baru sahaja berakhir, telah menyaksikan kebanyakan haiwan kekurangan mineral yang terdapat dalam rumput hijau," katanya kepada Nation.co.ke.
Beliau terasa terkejut dengan kejadian yang berlaku, iniu kali pertama kes seperti ini dilaporkan di rantau ini.
Pelik! Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah
Seperti yang dimaklumkan doktor, kita amat disarankan supaya sentiasa mengambil buah-buahan sebagai makanan rutin. Namun saranan itu tidak boleh diberikan kepada seorang wanita ini. Wanita yang dikenali sebagai Charlotte Jefferson ini, telah dimaklumkan doktor bahawa buah yang dimakannya boleh menyebabkan dirinya akan mati atau dalam erti kata lain jatuh sakit. Difahamkan larangan untuk memakan buah adalah disebabkan Charlotte Jefferson mengalami alahan luar biasa yang membuatkan dirinya tidak mengambil buah-buahan.
Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.
Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.
Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.
Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.
Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.
“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.
Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.
“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.
Wednesday, 29 April 2015
Pelik! Wanita Ini Gemar Makan Bulu Kucing
Seperti yang kita tahu, bulu kucing sebenarnya mengandungi kuman kerana kucing terdedah kepada keadaan sekeliling yang kotor. Memang pelik, bagaimana wanita ini amat gemar akan bulu kucing. Seperti tiada benda lain yang mahu dimakannya. Difahamkan juga tabiat pelik wanita ini sudah mencecah hampir 15 tahun.
Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.
Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari. Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.
“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.”
Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.
Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.
Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.
“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya.
Saturday, 18 April 2015
Kuno Tetapi Logik Secara Saintifik – Makan Sunnah Nabi
Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa “perut adalah punca penyakit“.
Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.
1. Makan Sunnah Nabi : Jangan Makan / Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad
2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus.
Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)
Dilarang meninggalkan makan malam.
Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.
Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.
Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan).
Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.
3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat.
Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.
3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat Makan Sunnah Nabi
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.
Makan makanan “whole foods” (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan “whole foods”.
Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)







