Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

Susuk Tubuh Hantu Di Rakam CCTV Polis Kes Pembunuhan


Kejadian aneh dan menakutkan dilaporkan terakam dalam sebuah kamera cctv Polis. Peristiwa aneh itu adalah terakamnya Susuk tubuh makhluk ghaib oleh kamera pengintai tersebut. 

Kejadian ini pertama kali disedari oleh Polis bernama Karl Romero. Lelaki ini bekerja di pejabat polis wilayah Espanola, New Mexico. 

Pada mulanya Romero menyangka, apa yang terakam di cctv itu adalah seekor serangga. Namun, sesaat kemudian dia baru sedar bahawa susuk tubuh itu lebih menyerupai makhluk halus. 

Friday, 8 May 2015

Jom Lihat Polis Wanita Yang Cun Dari Russia

Walaupun semua perkara-perkara pelik yang kita lihat di Rusia, namun ada sedikit perbezaan terhadap polis wanita dengan apa yang kita sudah biasa lihat, dan ianya bukan kerana mereka adalah hodoh atau melakukan perkara-perkara pelik. Sebaliknya salah satu keperluan untuk wanita menjadi polis di Rusia adalah anda mestilah seorang yang cantik .




Wednesday, 29 April 2015

Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis



Penyanyi Black akan membuat laporan polis terhadap individu yang merupakan seorang pelajar di universiti tempatan atas dakwaan menghina  anak beliau di laman sosial Instagram.





Black mahu mengambil tindakan tersebut kerana tidak mahu peminat dengan suka hati tanpa rasa bersalah mengutuk artis mahupun keluarga mereka di laman sosial. Perkara tersebut juga bakal diketengahkan ke mahkamah atas nasihat peguam.





Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.



Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen.



Individu tersebut telah menyamakan anaknya Khaleef Dayyan dengan beruk sebaik sahaja penyanyi tersebut berkongsi foto bayi sulung beliau di Instagram.



Macam-macam la, sebenarnya mereka yang menghina itu tidak berani di dunia nyata. Mereka  agak pengecut kerana berselindung disebalik komputer riba ataupun telefon. Anda mungkin punya hak untuk memberikan komen tetapi jangan dihina ciptaan Allah SWT.



Sumber Berita: Berita Harian