Showing posts with label Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

[10 FOTO] HATI-HATI JIKA MELALUI JALAN INI



Jam 3 pagi, selesai membuat laporan di Balai Polis Puchong. 

Saya dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menghantar mentua berangkat ke tanah suci. 

Saya nak menghantar anak sulung saya ke rumah sewa. Setibanya selepas Tol Sunway arah timur, ada seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti apakah bangsanya telah membaling batu ke arah kereta saya.

Nasib baik anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma kaca berterabur di atas kepala anak yang sedang tidur.

Saya terus ke balai berhampiran membuat laporan. Rupa-rupanya saya mangsa yang ketiga terkena baling batu. 

Menurut polis, mangsa yang kedua mengalami kecederaan teruk di bahagian pipi.

Saya cuma ingin mengingatkan pengguna jalan raya yang lain agar berhati-hati ketika melalui jalan ini lebih-lebih lagi jika telah larut malam. - Azizah Yusof

Artikel ini ditaip semula untuk siaran di www.thehypemedia.com




Sunday, 17 May 2015

Jalan Paling Berbahaya Di India Di Beri Nama 'Timbunan Mayat'


Jalanan maut yang berada di laluan Rohtang yang membelah pergunungan Himalaya pada ketinggian 3.978 m . Rohtang dalam bahasa tempatan bermaksud " timbunan mayat " kerana ramai orang yang maut ketika melalui laluan tersebut ketika cuaca buruk . Laluan itu menghubungkan lembah Kullu dengan Spiti di Himachal Pradesh , India .

Jalan Rohtang amat berbahaya namun ada satu titik jalan yang dikatakan sebagai yang paling maut di dunia . Jalan itu tepatnya terletak di killar , lembah Pangi , menuju ke Kishtwar . Jalan sehaluan itu mirip sebuah overdraf yang dipahat di tepian gunung batu .


Saiz jalan maut itu hanya muat dilalui satu kenderaan tanpa pagar keselamatan yang boleh menyebabkan kendaran boleh terus terjun ke gaung jika tergelincir satu inci sahaja . Jika anda menaiki kereta melalui jalan itu anda akan dapat melihat sungai di dasar gaung ketika menjenguk dari tingkap .

Saturday, 9 May 2015

Inilah Antara 7 Jalan Paling Bahaya Di Dunia Dan Paling Unik

Guoliang Tunnel adalah nama sebatang jalan di Gunung Taihang, China. Jalan ini berada tepat di pinggir tebing dengan panorama landskap hutan yang indah.

Guoliang Tunnel di senaraikan sebagai salah satu daripada tujuh jalan paling berbahaya di dunia. Bahkan, laman media China, turut mengatakan ianya sebagai jalan yang mengerikan.

Guoliang Tunnel yang berada di Wilayah Henan. Hampir betul-betul berada di pinggir tebing, dengan panjang kira-kira 1.3 km, lebar 4 meter dan beberapa bahagian dilindungi bumbung batu dengan tinggi 5 meter.

Jalan tersebut dibina sejak tahun 1977 yang mengambil masa selama 5 tahun. Sejarah, Guoliang Tunnel ini dibina oleh masyarakat dari 13 desa yang ada di sekitar Gunung Taihang.

Pada masa itu, mereka mengalami kesukaran untuk melawat ke kampung lain, kerana terpaksa mendaki tebing. Akhirnya dengan menggunakan skop dan bahan letupan, mereka bergotong royong membina Guoliang Tunnel. Kerajaan tempatan pada awalnya turut membantu, namun memaksa mereka menghentikannya kerana jalan itu terlalu berisiko.

Tetapi, masyarakat dari 13 kampung tersebut meneruskan pembinaan Guoliang Tunnel dan akhirnya berjaya di siapkan. Kini masyarakat desa tersebut mendapat faedah dari apa yang mereka kerjakan dan mudah untuk melawati setiap desa. Sejak tahun 2000-an, semakin ramai pelancong yang melawat Guoliang tunnel kerana di anggap unik serta memaparkan lanskap hutan yang hijau bak permaidani raksasa.

Namun di sebalik keindahan itu, Guoliang Tunnel adalah sangat berbahaya. Menurut masyarakat tempatan, ramai yang terbunuh semasa pembinaan jalan tersebut. Kononnya terdapat banyak tengkorak yang bertaburan di bawah jurang yang kedalamannya puluhan meter.

Kerajaan tempatan dengan tegas menasihatkan pelancong yang memandu kereta ke sana. Jangan terlalu memandu laju dan waspada di kala hujan, kerana jalan-jalan disni akan menjadi licin. Selain menaiki kereta, pelancong boleh melewati pemandangan Guoliang dengan berjalan kaki. 


Friday, 8 May 2015

Jalan Ini Merupakan Jalan Paling Curam Di Dunia

Terletak di bandar Dunedin, New Zealand, Baldwin Street dinobatkan sebagai jalan tercuram di dunia.

Ini kerana jalan-jalan yang dibina bersebelahan dengan rumah disini mempunyao kecerunan yang luar biasa iaitu kira-kira 19 darjah daripada garis mendatar.

Dikatakan bahawa, kecerunan jalan ini terjadi akibat perancangan bandar yang tidak teratur oleh pihak bertanggungjawab hingga ia menyebabkan kebanyakan jalan-jalan disini mempunyai kecerunan yang hampir sama.