Tuesday, 19 May 2015

AWAS!! 10 Tanda Suami Curang/ Ada Affair Di Luar




1. Marah-marah apabila isteri tanya lokasi suami

Bila isteri tanya, “Malam semalam pergi mana?”. Suami jawab, “Eh, pergi rumah Mizan la, tengok bola Manchester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya, pergilah ‘call’ Mizan tu”, sambil mendengus. Tampak biasa bukan?

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara?

Seperkara lagi, suami sangat fobia dengan fungsi ‘location tracking’. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.



2. Menjadi samada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri

Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan seksual, ia sesuatu yang pelik. Walau apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah ‘bersama’ dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.




3. Tiba-tiba berperwatakan kemas & berpenampilan menarik

Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba-tiba suami ‘tuck-in’ baju ke dalam seluar. Baju kemeja atau t-shirt, hatta jika ingin pergi ke kedai, suami akan seterika sendiri. Suami juga sudah pandai beli minyak wangi. Seluar dalam yang sebelum ini isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai ‘trim’.

Hati-hati bila perkara di atas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, sebenarnya ‘ada udang di sebalik batu’.



4. Perubahan sikap suami yang ketara

Sekadar ingatan, antara tanda lain ialah ‘mood’ suami juga berubah-ubah. Sekejap baik yang  melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap baik. Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Pada dasarnya, bila suami ada dua orang perempuan lain dalam satu-satu masa, dia berasa takut dan cemas.



5. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas

Sememangnya pelik bukan? Buat apa bawa telefon bimbit atau ‘handphone’ dalam tandas. Alasan suami untuk bermain ‘game’ sebenarnya adalah satu penipuan yang perlu diselidiki. Suami sebenarnya mengambil peluang untuk main mesej dengan skandalnya itu dalam suasana yang tenang tanpa gangguan isteri dan anak-anak.



6. Telefon bimbit ada kata laluan

Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia yang perlu disimpan. Jadi, apabila suami meletakkan ‘password’ pada ‘handphone’, dengan alasan takut anak ‘delete’ mesej penting adalah karut semata-mata.



7. Menjadi seorang perahsia & tidak mahu bercakap

Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri kena selidik. Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia ‘penat’ untuk melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.



8. Asyik suruh isteri balik rumah mak

Dulu selalu marah bila isteri berkeinginan malu melawat mak dan ayah. Sekarang, asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. “Ada banyak kerja, selalu balik lambat” katanya. Alasan yang tidak munasabah.

Dulu tidak pernah tolong ‘packing’ beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin pula tolong siapkan beg, kemas baju dan permainan anak untuk dibawa pulang.



9. Naluri seorang isteri, ‘6th sense’ atau ‘woman instinct’

Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri rasa “Macam ada ‘something’ yang tak kena je”, ia sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sekali telahan isteri itu salah. Tidak perlu diperkatakan, setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.



10. Terlebih ‘caring’ pada isteri

Selalunya, suami kita tidak begitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi teramat baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Orang dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama skandal. Sebab itulah asyik senantiasa senyum. Nama pun lelaki, cukup mudah ditafsir.



Kesimpulan

Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia.



cuba bagi komen anda.. mungkin ada tanda-tanda lain.. 10 tanda di atas ini bukan lah maksud nya 100% betul.. ainya sekadar perkongsian sahaja.. kepada para suami.. jangan marah admin ya.. :p


No comments:

Post a Comment