Showing posts with label CURANG. Show all posts
Showing posts with label CURANG. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

AWAS!! 10 Tanda Suami Curang/ Ada Affair Di Luar




1. Marah-marah apabila isteri tanya lokasi suami

Bila isteri tanya, “Malam semalam pergi mana?”. Suami jawab, “Eh, pergi rumah Mizan la, tengok bola Manchester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya, pergilah ‘call’ Mizan tu”, sambil mendengus. Tampak biasa bukan?

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara?

Seperkara lagi, suami sangat fobia dengan fungsi ‘location tracking’. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.



2. Menjadi samada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri

Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan seksual, ia sesuatu yang pelik. Walau apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah ‘bersama’ dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.


Saturday, 16 May 2015

HADIAH SUAMI PADA ISTERI SEMPENA BERLAKU CURANG!!




HADIAH SUAMI PADA ISTERI SEMPENA BERLAKU CURANG!! |  | Heboh di laman sosial mengenai kisah seorang lelaki memberi kejutan kepada isterinya kerana curang kepadanya. Berikut merupakan kisah tersebut.



Aku dapat rasa isteriku menipu dan curang dibelakangku. Setiap kali dia memegang handphone, dia akan senyum seorang diri dan bila ditanya dia mengatakan bahawa dia sedang bermesej dengan ibunya. Nampak pelik bukan.



Dia juga selalu sangat balik lewat ke rumah katanya banyak kerja di tempat kerja. Bila aku menelepon kawan sekerjanya, rakannya memberitahu dia telahpun balik tepat pada waktu habis office hour.



Kejadian yang paling pelik yang berlaku adalah ketika dia bangun pukul 11:30 malam dan ingin keluar katanya ingin membeli susu. Dan dia tidak kembali sampailah pulul 2 pagi.


CARA PALING KEJAM UNTUK MENGHUKUM PASANGAN YANG CURANG


Oh My God...... ini ........ini........... ini kejam tetapi sangat sesuai dilakukan kepada pasangan yang curang dalam perhubungan. BRB nak nangis tengok. 












Sumber:

Saturday, 25 April 2015

[INFO]5 SEBAB KENAPA LELAKI SENANG CURANG



Kenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:




 






1. Merasakan dirinya terlalu hensem.


Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.





2. Terlalu ego dengan perasaannya


Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.














3. Ramai wanita lain menyukainya.


Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.





4. Belum bersedia untuk setia.


Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.





5. Niat membalas dendam.


Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.
















BILA SUAMI MULA BERLAKU CURANG, 6TH SENSE ISTERI AKAN MEMBERIKAN PETUNJUK





Isteri-isteri yang nampaknya begitu teruja mengikuti tulisan saya mengaku, mereka punyai deria keenam atau 6th sense.





Paling menarik, seorang isteri mengaku dia sering terserempak secara tidak sengaja dengan sifat suaminya yang suka berfoya-foya dengan wanita lain.





Bukan itu sahaja, dia juga dakwa mengalami mimpi setiap kali suaminya curang malah akan 'diberitahu' identiti kekasih suaminya itu.






 





Kesemua alamat itu katanya pernah membawa dia ke bilik hotel di mana dia tangkap suaminya sedang berselingkuh dengan adik angkatnya sendiri.





"Itu yang terakhir dan saya putus asa kerana tahu dia tak akan berubah. Selepas itu, saya nekad untuk bercerai dan kini hidup bahagia dengan perkahwinan kedua," katanya.





Seorang wanita lain pula berpendapat, naluri isteri selalunya tepat sebab dia yang jaga makan minum dan ambil berat hal ehwal suami. "Kalau dia berubah, kita akan cepat perasan," katanya.





Senada tetapi tidak sama, seorang lagi isteri berkata, memang benar, naluri isteri cepat 'tangkap' perubahan suami disebabkan air tangannya masuk ke dalam perut suami setiap hari.





"Jadi semua isteri kena rajin masaklah. Kalau malas masak, nanti bibiklah pula yang boleh 'baca' suami," katanya.





Dalam tajuk yang sama tetapi merujuk pada situasi yang sedikit berbeza, seorang isteri mengakui: "Betul, sokong sangat.





Apabila suami ada masalah atau dalam masalah, memang boleh agak dan selalunya betul. Even bila dia ada duit atau nak bagi duit, pun dapat agak dan selalunya betul jugak!"















Berbanding yang lain, satu komen yang sangat ringkas tetapi membawa makna yang cukup dalam: "Isteri sanggup makan hati demi anak-anak. Anak-anak adalah nyawa seorang ibu.


Biar menangis di dalam ... seseorang isteri akan tetap reda, sabar, berserah kepada ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambaNya..."


Itu wanita, daripada lelaki bukan semua negatif pada isu-isu yang seperti ini. Mohammad Farid Abd Karim berpendapat:





"Pada saya, sebab si isteri rasa tak sedap hati (apabila suaminya berlaku curang) ialah kerana dia ikhlas dalam perkahwinan. Suami pun, kalau ikhlas dan isteri buat tak betul, akan juga mengalami perasaan yang sama."





"Bukan setakat dalam perkahwinan, dalam persahabatan pun kalau kita ikhlas dan tawakal pada ALLAH, insya-Allah, tuhan akan tunjuk atau beri petunjuk sekiranya sahabat ada niat yang tak baik terhadap kita."





Menariknya, seorang pembaca Kelab 40 - lelaki - yang menyokong teori 6th sense itu, mengakui: "Patutlah setiap kali aku mengurat, isteri call. Tiap kali aku mengurat, isteri call.





Akhirnya aku terpaksa stop kokurikulum. You are the best wife in the world la darling!"





Berbanding kesemua komen, yang paling menyentuh (baca: menyentap) hati saya sendiri adalah satu mesej Whatsapp yang sudah semestinya daripada isteri saya: "Hakikatnya, ALLAH yang buka jalan kepada isteri untuk menutup noda suami!"





GULPPP!!!





Sumber : Sinar Harian