Monday, 4 May 2015

Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam


Tidak tertanggung oleh akal manusia untuk membayangkan bertapa Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam. Allah menciptakan 2 tempat Kekal Abadi untuk manusiasetelah kematian di dunia iaitu Neraka dan Syurga. Berapakah keluasan Neraka danApakah Kedalaman Neraka yang dijadikan tempat penyiksaan yang memiliki 7 tingkat atau7 pintu itu. Pada setiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Gerbang Neraka Jahanam dipimpin oleh Malaikat Malik dan di setiap tingkatnya memiliki 19 Malaikat Penyiksa yang bernama Zabaniyah sebagaimana jumlah huruf Basmallah. 

Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam
                                               Gambar Hiasan Vision of Hell
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri / suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam dari azab seksa api neraka-Mu ya Allah
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu Ya Allah, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RahmatMu Ya Allah Amin



Amat Luasnya dan Sangat Dalam Neraka Jahanam


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Rasulullah pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah. Mengapa aku melihat kau berubah muka?


Jawabnya: Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.


Sifat Neraka Jahanam


Lalu Nabi Muhammad saw bersabda:  Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam

Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu Baju Ahli Neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Neraka Jahannam itu Sangat Dalam dan Perhiasannya Besi dan Minumannya Air Panas Campur Nanah dan Pakaiannya Potongan-Potongan Api.



7 Pintu Neraka Jahanam


Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.



Nabi s.a.w. bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?

Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda. 

*Huraian kefahaman: iaitu semakin ke bawah maka semakin panas


Siapakah Penghuni di setiap pintu Neraka Jahanam

Tanya Rasulullah s.a.w. Siapakah Penghuni di setiap Pintu Neraka Jahanam?
Jawab Jibrail: Pintu yg terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan Orang yang Kafir setelah diturunkan Hidangan Mukjizat Nabi Isa a.s. serta Keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu Ke Dua Neraka Jahanam tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim
Pintu Ke Tiga Neraka Jahanam tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu Ke Empat Neraka Jahanam tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha
Pintu Ke Lima Neraka Jahanam orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu Ke Enam Neraka Jahanam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

Kemudian Jibrail diam kerana segan kepada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
Mengapa tidak kau terangkan penduduk Pintu Ke Tujuh Neraka Jahanam?
Jawabnya: Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

Maka Nabi s.a.w. Jatuh Pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?

Jawabnya: Ya, iaitu orang yg Berdosa Besar dari ummatmu.

Kemudian Rasulullah s.a.w. menangisJibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
Sumber: Kitab Peringatan Bagi Yg Lalai

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat



  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

  • Di bawah setiap Pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi Lautan racun yang Hitam pekat.

  • Juga di bawah setiap Pokok Zarqum mempunyai 70,000 rantai

  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat







Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam
Bahan Grafik Gambar Hiasan


10 Orang Mayatnya Tidak Busuk dan Tidak Reput di Hari Qiamat

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila Para Makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya Berdiri Tegak di Kubur masing-masing selama 44 Tahun Umur Akhirat dalam keadaan Tidak Makan dan Tidak MinumTidak Duduk dan Tidak Bercakap.


Mengenali Orang  Mukminim di Hari Kiamat

Bertanya orang kepada Rasulullah saw
Bagaimana kita dapat Mengenali Orang  Mukminim kelak di hari qiamat.
Maka jawabnya Rasulullah saw
Umatku dikenali kerana Wajah mereka Putih disebabkan oleh Whuduk. Bila Qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.


Debu Keimanan Bekas Sujud tidak dihilangkan

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah Debu Keimanan mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui Titian Siratul Mustaqim dan memasuki Alam Syurga, sehingga setiap orang melihatPara Mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.


10 Orang yang Bangkit dalam Tubuh Asal diwaktu Matinya


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa 10 Orang yang Mayatnya Tidak Busuk danTidak Reput dan akan Bangkit dalam Tubuh Asal diwaktu matinya.



  1. Para Nabi

  2. Para Ahli Jihad

  3. Para Alim Ulama

  4. Para Syuhada

  5. Para Penghafal Al Quran

  6. Imam atau Pemimpin yang Adil

  7. Tukang Azan

  8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

  10. Orang yang mati di Siang Hari atau di Malam Jumaat (orang yang beriman)


Malaikat Ridhwan dan Ahli Puasa

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang Hari Qiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi Wahyu kepada Malaikat Ridhwan.



Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan Syurga

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari Nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan Buahan dan Minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud:
Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu.



Ilmu yang Bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

Surah Al-Baqarah : 237


Doa Ikan Nun

Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minalzhaalimiin


5 Dosa yang tidak ada Tebus Nilainya



  1. Syirik terhadap Allah s.w.t.

  2. Membunuh orang tanpa hak

  3. Membuat tuduhan palsu terhadap seorang muslim

  4. Lari dari barisan muslimin dalam peperangan

  5. Sumpah Palsu untuk mengambil hak orang lain


Dosa-Dosa Besar yang Kita Lakukan



  1. Syirik

  2. Derhaka Kepada Ibu Bapa

  3. Membunuh orang tanpa hak


Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Ada riwayat Nabi SAW bersabda bahawa Solat itu adalah Perkara Pertama yang akan Dihisab semasa di Akhirat kelak. Jika Baik maka baiklah segala Amalan. Jika Buruk maka Buruklah segala Amalan. Maka Jagalah Solat Itu Ibarat Nyawa Kamu Sendiri.


????? ????? ????????? - Wallahu’alam bissawab - dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya - and Allah knows the right

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W bersabda Sampaikanlah pesanku Biarpun satu ayat.


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159



No comments:

Post a Comment