Monday, 25 May 2015

Peniaga perabot maut nahas dekat Dungun



Peniaga perabot maut nahas dekat Dungun


SEORANG peniaga kedai perabot maut selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 341.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat FELDA Kerteh 2. – Foto Rosli Ilham


DUNGUN: Seorang peniaga kedai perabot maut selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 341.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat FELDA Kerteh 2, petang ini.




Kemalangan kira-kira jam 5.40 petang itu mengorbankan Ahmad Faiq Samsuddin, 24, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.


Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta TOYOTA Vios dipandu rakan mangsa, Muhammad Husni Ideris, 22, bersama Norizah Harun, 23, dipercayai hilang kawalan, sebelum berpusing dan merempuh penghadang jalan lalu terhumban ke dalam longkang.


Mangsa yang duduk di bahagian belakang dan mengalami kecederaan serius dalam badan meninggal serta merta di tempat kejadian.


Kedua-dua rakan mangsa yang juga pelajar Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin Kampus Besut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Ketika kejadian, ketiga-tiga sahabat itu dikatakan dalam perjalanan dari Besut ke Kemaman.


Ketua Polis daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.


Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment