Tuesday, 26 May 2015

Nak Kaya Punya Pasal, Kena Cium Wang Berkepuk Kepuk Ke?













Sampai begini sekali penganjur sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM) mempengaruhi para pesertanya untuk ‘sembah’ wang demi mencapai matlamat!

Gambar-gambar yang diambil dari FB syarikat MLM tersebut memaparkan, salah satu aktiviti dalam seminar motivasi anjuran mereka adalah mewajibkan para peserta mencium wang bagi menambah kekayaan.

Dikatakan amalan menghirup bau wang boleh merubah hidup menjadi jutawan yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

Jika dilihat pada kesemua gambar, peserta yang terlibat dengan ‘ritual’ sembah wang ini rata-ratanya terdiri daripada Melayu kita.  Mengapa gemar perkara sebegini?

Kita memang digalakkan mencari rezeki, tetapi tidak perlulah sampai memuja wang sebegini kot.

Menurut salah seorang ahlinya, amalan ini adalah sekadar bagi menguatkan mind setseterusnya meningkatkan motivasi dan aura untuk mencapai apa yang diingini.

Namun harus diingat, sifat terlalu taksub kepada sesuatu perkara sebenarnya boleh memesongkan akidah dan mendatangkan fitnah.

Apa-apa pun, dalam sistem perniagaan bertingkat seperti MLM, tidak semua individu berjaya memperoleh kekayaan yang diinginkan.

Tidak kurang yang telah menjadi mangsa penipuan dan sebab itulah masyarakat memandang sinis terhadap perniagaan jenis “abang-abang naik BMW” ni.

Bagaimanapun rezeki manusia tak sama dan mereka yang berusaha pasti mendapat lebih kejayaan. Kepada yang memilih perniagaan jenis MLM untuk kaya, kami sarankan anda untuk pastikan bisnes MLM yang disertai memenuhi kriteria dari segi syariah agar ianya tidak salah di sisi agama Islam.

No comments:

Post a Comment