Saturday, 2 May 2015

Remaja 19 Tahun Selamat 55 Anak Yatim Gempa Buni Di Nepal




SEBELUM gempa bumi berskala 7.9 menggegar Nepal, Ishwor Ghimire sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah anak-anak yatim di Kathmandu.


Namun, sebaik berlaku gegaran itu, remaja berusia 19 tahun ini dengan pantas menyelamatkan anak-anak yatim yang ketakutan di situ.

Tindakannya sebagai hero itu telah menyelamatkan 55 nyawa anak yatim yang berada di situ.

“Kesemua kanak-kanak itu panik dan mula menjerit serta menangis.

“Saya segera mengarahkan mereka keluar dari bangunan itu,” katanya kepada MIC.

Ishwor kemudiannya membawa kesemua kanak-kanak yang berumur 4-16 tahun itu ke tanah rata.

Selepas gempa bumi reda, dia membawa pula mereka ke sebuah gereja sebagai tempat perlindungan sementara.

sds



Tindakan Ishwor sebagai hero tidak berakhir disitu, dia turut membina penempatan sementara untuk anak-anak yatim tersebut selepas mereka keluar dari gereja.

Memang sungguh bertanggung jawab dan mulia hati anak muda ini.. tentu kesemua anak yatim yang diselamatkannya tidak akan lupa jasa Ishwor sampai bila-bila.


khemah

No comments:

Post a Comment