Tuesday, 5 May 2015

KISAH BENAR ANAK DERHAKA TERIMA PEMBALASAN DI ATAS PERBUATAN MENYEPAK IBU KANDUNGNYA


Anak Derhaka Melampau!itu yang boleh di gelarkan buat seorang wanita apabila memperlakukan ibu kandungnya sendiri dengan perbuatan kejam!



Kisah Benar ini di ceritakan oleh seorang individu yang admin baru kenali,dan nama sebenar beliau yang menceritakan kisah ini terpaksa di rahsiakan demi menjaga aib "Anak Derhaka"tersebut.

 Cukuplah kisah ini di jadikan pengajaran dan tauladan -pesan Abang Ady(bukan Nama Sebenar)



Halijah,merupakan anak tunggal pasangan pak majid dan mak esah,mereka ini adalah jiran kami di kampung yang terletak di sebuah kampung bersempadan dengan thailand,ujar abang Ady memulakan Cerita.




Halijah di besarkan dengan penuh kasih sayang,sehinggalah bapanya Pak majid meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya,ibu nya mak esah lah yang berkorban untuk menampung segala perbelanjaan dia serta anaknya halijah.



Sewaktu Halijah belum tamat persekolahan,tiada apa apa perubahan yang  ketara terhadap dirinya,malah halijah di lihat sangat manja sekali dengan ibunya itu.



Kisah penderhakaan Halijah bermula sewaktu dia mula menyambung pelajaran di ibu kota,Halijah yang dulu sudah jauh bezanya,apabila pulang bercuti ke kampung dia sudah berani memakai pakaian yang menjolok mata,tudung yang sering di pakainya dulu entah hilang kemana.




Apabila pulang bercuti,halijah asyik sibuk dengan telefon bimbitnya,kerap kali apabila pulang bercuti,dia hanya akan pulang beberapa hari saja,itupun balik sebab hanya mahu minta wang dari ibunya.



Selepas tamat belajar,halijah mula bekerja di sebuah syarikat swasta,apabila masuk ke alam pekerjaan halijah semakin jarang pulang bercuti untuk menjenguk ibunya di kampung halamannya.



Suatu hari ibunya jatuh sakit,dek kerana tiada waris menjaga mak esah di hospital,kami sebagai jiranya berusaha mencari halijah untuk memaklumkan perkara berkenaan.



Oleh kerana keadaan kesihatan mak esah agak tidak baik,kami jiran jirannya menasihati halijah agar membawa ibunya tinggal bersama di ibukota,di sana halijah boleh menjenguk ibu nya,paling tidak pun hospital lebih dekat dari tinggal di kampung itu.



Halijah membawa ibunya tinggal bersama sama,namun tidak sampai tiga bulan mak esah di ibukota,beliau pulang kembali ke kampung,alasannya sudah sihat dan tidak mahu menyusahkan anaknya halijah.



Bulan berganti bulan,mak esah jatuh sakit kembali dan seperti biasa halijah di panggil untuk menjaga ibunya di hospital.




 Kau ni,menyusahkan aku betul lah!!! Ujar halijah setibanya dia di hospital dan kata kata ini membuatkan mak esah benar-benar tersentak dengan kata kata yang di tuturkan sendiri oleh anak kandungnya.

Mak esah di benarkan keluar dari hospital,dan kali ini halijah tidak membawa ibunya pulang bersama ke ibu kota.


 Aku bukan tak nak bawa kau ke rumah aku,nanti boyfriend aku tengok keadaan kau,buat malu aku je... -sekali lagi kata kata yang keluar dari mulut halijah anaknya benar-benar meluka kan hatinya.

 Jah..jah.. mak haus..mak nak air sedikit-rayu mak esah apabila tekaknya benar-benar kering.

 Kau ni!kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke??-marah halijah dengan muka bengis seolah olah ibu kandungnya itu di anggap sebagai musuh.

 Nah!ambil ni!!jangan panggil-panggil lagi! Halijah memberi amaran kepada mak esah.

 Jah....mak lapar jah..mak nak makan...Rayu mak esah apabila perutnya tidak terisi sedari pagi membawa ke tengah hari,halijah hanya leka bermain telefon bimbit di tangannya.

 Hoi orang tua tak guna!kenapa kau ni asyik nak menyusahkan aku ya???kau ada kaki kan kau boleh jalan pergi dapur sendiri!! tengking halijah pada mak esah walaupun dia sendiri tahu kaki mak esah sudah tidak berdaya untuk berjalan..
Tanpa di duga,halijah mengheret mak esah ke dapur,dan perlakuannya itu agak melampau kerana dia menyeret ibunya dengan kasar sekali..

Mak esah hanya mampu menangis kesakitan apabila di heret sebegitu rupa,..


 Tadi kau nak makan sangat!! Yang kau menangis depan aku kenapa?!!! Tengking halijah lagi.
Mak esah hanya mampu menangis di perlakukan sebegitu oleh halijah,rasa laparnya tadi telah hilang setelah di zalimi oleh anaknya..

 Aku cakap makan!!makan lah!! Kau jangan sampai aku hilang sabar!!! Kali ini halijah seperti sudah di rasuk hantu apabila tanganya hinggap di pipi tua mak esah!

 Mak sakit jah..jangan buat begini pada mak.....tak mengapalah mak tak lapar dah sekarang..jangan pukul mak lagi jah...-rayu mak esah

 Sekejap kau nak makan sekejap kau tak nak makan!!kurang ajar punya orang tua!! Secara tiba tiba halijah menyepak badan mak esah sehingga mak esah tumbang ke lantai!
Halijah benar-benar bagai di rasuk syaitan,tergamak dia menyepak ibunya sendiri!

 Ahh!!!mampos kau!makin lama aku di kampung ni boleh gila aku di buatnya!aku nak balik kl!pandai pandailah kau hidup di sini!! Tengking halijahsambil melangkah meninggalkan ruang dapur dan masuk kebiliknya dan mengemas pakaian ke dalam beg.

Mak esah di dapur bersendirian sambil menangis teresak-esak,merintih-rintih...


 Sampai hati kau jah buat mak begini... mak tak ampun kan kau jah...kau anak derhaka!! Sumpah mak esah berkali kali..halijah hanya buat tidak tahu tiada langsung sedikit pun kekesalan darinya.

Oleh kerana keadaan di rumah mak esah agak bising sedari tadi ibu abang ady telah pergi ke rumah mak esah dilihatnya halijah keluar dari rumah itu dan memandu keretanya.

Mak midah ibu kepada abang ady mencari mak esah akhirnya di temukan nya di dapur dalam keadaan terbaring.


 YA ALLAH !!Apa dah berlaku ni Esah!!!! Mak midah benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku kepada mak esah setelah mak esah menceritakan segala perbuatan halijah.

Selang beberapa jam kemudian pihak berkuasa datang ke rumah mak esah,kebetulan ramai para jiran tetangga melawat mak esah termasuk mak midah yang menjaga mak esah sedari tadi.


 Makcik ni waris kepada Halijah bt majid?tanya salah seorang pihak berkuasa tersebut sambil di iyakan oleh mak esah.

 Kami harap makcik bertenang ya..anak makcik halijah telah terbabit dalam kemalangan jalanraya sebentar tadi,.ujar anggota polis itu,namun sedikit pun tiada reaksi sedih dari mak esah.

 Eloklah anak derhaka tu mati.... dari dia hidup jadi anak derhaka lebih baik di mati.....kata kata mak esah membuatkan kami semua terkejut besar.

Menurut pihak berkuasa,jenazah halijah hancur sama sekali terutama kakinya yang terputus dan hancur akibat di langgar oleh lori besar.

Menurut cerita dari abang ady,ibunya mak midah memberitahu bahawa mak esah meminta agar jenazah anaknya itu tidak di bawa atau di uruskan pengebumian di kampung..

Nauzubillah,.minta di jauhkan lah dari bergelar anak derhaka seperti halijah yang melakukan perbuatan kejam terhadap ibu kandungnya sendiri!.


Halijah telah mendapat pembalasan TUNAI di dunia,agaknya bagaimana pula pembalasan di hari akhirat kelak ya?halijah meninggal dunia setelah memukul,memaki,menyepak mak esah tanpa perasaan bersalah,lebih menakutkan,halijah tidak sempat minta keampunan dari ibu kandung yang di zaliminya.

Semoga kisah yang di ceritakan oleh abang ady ini memberi pengajaran dan tauladan buat kita semua, Usah Jadi Anak Derhaka,Kunci Menuju Ke Neraka ,semoga kita semua terhidar dari gelaran anak derhaka
.


Sumber

No comments:

Post a Comment