Showing posts with label bahawa. Show all posts
Showing posts with label bahawa. Show all posts
Monday, 18 May 2015
Tahukah Anda Bahawa Gua Ini Adalah Tempat Tidur Yang Terbaik Di Dunia
Tempat ini mungkin menjadi pilihan kedua anda untuk bermalam jika di lihat pada perskitarannya, tetapi tahukah anda bahawa fungsi rawatan kesihatan di lombong garam Ukraine adalah salah satu tempat yang terbaik untuk tidur di dunia. Sejak tahun 1970-an, ramai yang mengalami gejala isu-isu pernafasan telah datang dan menginap ditempat yang berada di bawah 300 meter di dalam tanah untuk mendapatkan tidur malam yang baik.
Saintis telah mendapati bahawa udara di dalam gua ini mempunyai kandungan bakteria yang sangat rendah walaupun berbanding dengan tempat paling bersih dalam hospital.
Sejak di buka kepada orang ramai pada tahun 1970-an, ramai yang mempunyai masaalah penyakit pernafasan telah turun ke lombong garam ini untuk membantu merawat penyakit mereka.
300 meter di atas lombong terdapat sebuah hospital di mana orang ramai juga boleh menerima rawatan.
Suhu sekitar 70 darjah, menyumbang kepada iklim di lombong, menjadikannya tempat yang sempurna untuk berehat.
Selain udara di dalam gua mempunyai kandungan bakteria yang rendah, terdapat juga beberapa kolam renang dalam lombong itu yang dikatakan airnya lebih masin daripada Laut Mati.
Wednesday, 13 May 2015
WAJIB BACA ! CARA MALAIKAT BERITAHU BAHAWA AJAL KITA SUDAH SAMPAI
WAJIB BACA ! CARA MALAIKAT BERITAHU BAHAWA AJAL KITA SUDAH SAMPAI | Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "
Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )
Monday, 11 May 2015
Tahukah Anda Bahawa Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia
Sejenis pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records. kerana berbahaya, pokok ini diletakan papan peringatan yang jelas agar orang tidak menghampiri.
Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga diberi amaran untuk jarak dengan pokok itu. Buahnya mirip epal kecil, tapi hanya dengan menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU. Tidak hairanlah buah itu dinamakan manzanita de la muerte aatau buah kematian oleh Christopher Columbus.
Nicola H Strickland, perunding radiologi, pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis. "Lama-lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas," tuturnya. Kesannya berlangsung selama 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan memerlukan 8 jam untuk reda kembali ke normal.
Tidak hanya buah, getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet, dermatitis, bengkak atau luka bakar. Banyak pengembara yang mengalaminya semasa berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya. Getah dari batang yang dibawa dari titisan hujan pun juga menyebabkan luka.
Manchineel berwana hijau terang, daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap. Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas, Florida dan Caribbean. Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan buta sementara sehingga kekal.
Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga diberi amaran untuk jarak dengan pokok itu. Buahnya mirip epal kecil, tapi hanya dengan menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU. Tidak hairanlah buah itu dinamakan manzanita de la muerte aatau buah kematian oleh Christopher Columbus.
Nicola H Strickland, perunding radiologi, pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis. "Lama-lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas," tuturnya. Kesannya berlangsung selama 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan memerlukan 8 jam untuk reda kembali ke normal.
Tidak hanya buah, getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet, dermatitis, bengkak atau luka bakar. Banyak pengembara yang mengalaminya semasa berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya. Getah dari batang yang dibawa dari titisan hujan pun juga menyebabkan luka.
Manchineel berwana hijau terang, daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap. Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas, Florida dan Caribbean. Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan buta sementara sehingga kekal.
Friday, 8 May 2015
WAJIB BACA ! CARA MALAIKAT BERITAHU BAHAWA AJAL KITA SUDAH SAMPAI .
Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan apa- apa atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "
Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan apa -apa dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang apa -apa tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak apa -apa dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )
Beginilah cara kerja Malaikat Maut
Saturday, 18 April 2015
Tahukah perempuan bahawa kamu itu sesuatu yang bernilai?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Barrack Obama juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiriku
Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan mereka, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.
Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.
Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.
Maka amat menyedihkan saya jika…
Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.
Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?
Penutup:
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)




