Showing posts with label Selamat. Show all posts
Showing posts with label Selamat. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

9 Negara Paling Aman dan Selamat Untuk Dikunjungi





Setiap negara di dunia tidak akan lari dari dilanda masalah, seperti isu pentadbiran, sosial, ekonomi dan sebagainya.



Malah nilai atau prestasi keamanan sesebuah negara melalui faktor dalaman dan luaran boleh diukur menerusi Laporan Global Peace Index (GPI) daripada Institute for Economics and Peace (IEP).



Kajian IEP dijalankan setiap tahun dan akan menamakan 20 negara yang dianggap paling aman di dunia.



Di sini kami senaraikan negara-negara yang disifatkan paling aman dan paling selamat di dunia. Mana tahu ada di antara negara-negara ini boleh anda lawati nanti tanpa perlu bimbang dengan keselamatan diri.







Thursday, 21 May 2015

10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Berdasarkan kedudukan terbaharu penarafan yang diterbitkan AirlineRatings.com, sebuah firma rujukan sehenti keselamatan dan kualiti produk syarikat penerbangan dunia, MAS hanya memperoleh lima daripada keseluruhan tujuh bintang ditetapkan.

Emirates UAE Airlines


Tragedi yang menimpa dua buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun lalu menyaksikan syarikat penerbangan kebangsaan negara itu tidak termasuk dalam senarai 10 syarikat udara paling selamat di dunia.

Menerusi senarai terkini dikeluarkan semalam, laman web firma penarafan antarabangsa yang berpusat di sini, membuat kejutan apabila menamakan Qantas Australia sebagai syarikat penerbangan premium paling selamat di dunia untuk tahun 2015.

Ia menimbulkan tanda tanya kerana secara kebetulan pada 8 Disember tahun lalu, syarikat penerbangan kedua tertua di dunia itu selepas KLM Belanda; mencipta rekod melakukan tiga pendaratan kecemasan dalam tempoh 24 jam di tiga destinasi berbeza.

Turut termasuk dalam senarai 10 kelompok terbaik ialah Air New Zealand, British Airways, Cathay Pacific Airways Hong Kong, Emirates UAE, Etihad Airways UAE, EVA Air Taiwan, Finnair Finland, Lufthansa Jerman dan Singapore Airlines.

Aer Lingus Ireland mendahului senarai disusuli Alaska Airlines Amerika Syarikat (AS), Icelandair Iceland, Jetblue AS, Jetstar Australia, Kulula Afrika Selatan, Monarch Airlines Britain, Thomas Cook Britain, TUIfly Jerman dan Westjet Kanada.

Senarai itu melibatkan 449 syarikat penerbangan premium dan tambang rendah dari seluruh dunia dinilai teliti sepasukan lapan penulis berpengalaman dalam bidang pengangkutan udara termasuk isu keselamatan dan tahap kepuasan pelanggan.

Namun MAS dan AirAsia masih dianggap sederhana baik kerana menurut ketua editor AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, ada yang cuma dapat satu bintang iaitu Agni Air Nepal, Kam Air Afghanistan, Nepal Airlines, Scat Kazakhstan dan Tara Air Nepal.

MAS bagaimanapun masih boleh berbangga apabila disenarai dalam kelompok 10 syarikat udara untuk kabin kelas ekonomi jarak jauh terbaik manakala KLIA di Sepang termasuk antara 10 buah lapangan terbang paling baik di dunia. 

Kelas Ekonomi Jarak Jauh



  1. Air New Zealand

  2. Singapore Airlines

  3. Emirates UAE

  4. Qantas Australia

  5. Etihad UAE

  6. Swiss International

  7. Qatar Airways

  8. Royal Jordanian

  9. Eva Air, Taiwan

  10. Malaysia Airlines

Wednesday, 13 May 2015

Kuasa ALLAH Bayi Selamat Selepas Tertimbus 22 Jam Gempa di Nepal





Bayi berusia 4 bulan diselamatkan dari bangunan yang musnah dan runtuh di bandar Bhaktapur sekurang-kurangnya selepas 22 jam gempa bumi itu melanda, akhbar Kathmandu.






Satu pasukan Tentera Nepal pada mulanya gagal melihat kanak-kanak itu semasa penggeledahan tetapi kembali semula di bangunan yang runtuh dan musnah selepas terdengar tangisan yang lemah dari bawah runtuhan bangunan. Tangisan tersebut dapat membawa Tentera Nepal ke tempat bayi berusia 4 bulan tertimbus




Saturday, 2 May 2015

Remaja 19 Tahun Selamat 55 Anak Yatim Gempa Buni Di Nepal




SEBELUM gempa bumi berskala 7.9 menggegar Nepal, Ishwor Ghimire sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah anak-anak yatim di Kathmandu.


Namun, sebaik berlaku gegaran itu, remaja berusia 19 tahun ini dengan pantas menyelamatkan anak-anak yatim yang ketakutan di situ.

Tindakannya sebagai hero itu telah menyelamatkan 55 nyawa anak yatim yang berada di situ.

“Kesemua kanak-kanak itu panik dan mula menjerit serta menangis.

“Saya segera mengarahkan mereka keluar dari bangunan itu,” katanya kepada MIC.

Ishwor kemudiannya membawa kesemua kanak-kanak yang berumur 4-16 tahun itu ke tanah rata.

Selepas gempa bumi reda, dia membawa pula mereka ke sebuah gereja sebagai tempat perlindungan sementara.

sds