Showing posts with label Syarikat. Show all posts
Showing posts with label Syarikat. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

[Video] PEKERJA SYARIKAT OIL AND GAS INI DIPECAT GARA2 VIDEO AKSI TERLAMPAU DI PEJABATNYA....



KUALA LUMPUR - SapuriKencana Petroleum Berhad (SapuriKencana) SERI KEMBANGAN di sini,  memecat seorang pekerja wanitanya selepas gambar bogelnya disiarkan media, lapor sebuah akhbar semalam.


Gadis cantik itu dipecat setelah pihak atasan mendapat tahu dia bergambar bogel bersama rakannya di tandas pejabat.


Ketua SapuriKencana, Amin Daoed dalam kenyataannya kelmarin, mengakui bahawa wanita tersebut adalah orang bawahannya.


"Memang benar gadis itu pekerja sukarela kami, tetapi dia sudah kami berhentikan pada Selasa lepas selepas perbuatannya terbongkar," kata Amin.


Thursday, 21 May 2015

10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Berdasarkan kedudukan terbaharu penarafan yang diterbitkan AirlineRatings.com, sebuah firma rujukan sehenti keselamatan dan kualiti produk syarikat penerbangan dunia, MAS hanya memperoleh lima daripada keseluruhan tujuh bintang ditetapkan.

Emirates UAE Airlines


Tragedi yang menimpa dua buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun lalu menyaksikan syarikat penerbangan kebangsaan negara itu tidak termasuk dalam senarai 10 syarikat udara paling selamat di dunia.

Menerusi senarai terkini dikeluarkan semalam, laman web firma penarafan antarabangsa yang berpusat di sini, membuat kejutan apabila menamakan Qantas Australia sebagai syarikat penerbangan premium paling selamat di dunia untuk tahun 2015.

Ia menimbulkan tanda tanya kerana secara kebetulan pada 8 Disember tahun lalu, syarikat penerbangan kedua tertua di dunia itu selepas KLM Belanda; mencipta rekod melakukan tiga pendaratan kecemasan dalam tempoh 24 jam di tiga destinasi berbeza.

Turut termasuk dalam senarai 10 kelompok terbaik ialah Air New Zealand, British Airways, Cathay Pacific Airways Hong Kong, Emirates UAE, Etihad Airways UAE, EVA Air Taiwan, Finnair Finland, Lufthansa Jerman dan Singapore Airlines.

Aer Lingus Ireland mendahului senarai disusuli Alaska Airlines Amerika Syarikat (AS), Icelandair Iceland, Jetblue AS, Jetstar Australia, Kulula Afrika Selatan, Monarch Airlines Britain, Thomas Cook Britain, TUIfly Jerman dan Westjet Kanada.

Senarai itu melibatkan 449 syarikat penerbangan premium dan tambang rendah dari seluruh dunia dinilai teliti sepasukan lapan penulis berpengalaman dalam bidang pengangkutan udara termasuk isu keselamatan dan tahap kepuasan pelanggan.

Namun MAS dan AirAsia masih dianggap sederhana baik kerana menurut ketua editor AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, ada yang cuma dapat satu bintang iaitu Agni Air Nepal, Kam Air Afghanistan, Nepal Airlines, Scat Kazakhstan dan Tara Air Nepal.

MAS bagaimanapun masih boleh berbangga apabila disenarai dalam kelompok 10 syarikat udara untuk kabin kelas ekonomi jarak jauh terbaik manakala KLIA di Sepang termasuk antara 10 buah lapangan terbang paling baik di dunia. 

Kelas Ekonomi Jarak Jauh



  1. Air New Zealand

  2. Singapore Airlines

  3. Emirates UAE

  4. Qantas Australia

  5. Etihad UAE

  6. Swiss International

  7. Qatar Airways

  8. Royal Jordanian

  9. Eva Air, Taiwan

  10. Malaysia Airlines

Thursday, 7 May 2015

Tahukah Anda Syarikat Penerbangan Di Korea Utara Masih Berada Di Zaman Pertengahan

Ruang di balai belepas lapangan terbang sepi, bagasi ditimbang dalam skala fesyen lama dan kokpit tanpa bantuan digital. Seorang jurugambar dari Singapura telah merakamkan keadaan di syarikat penerbangan Korea Utara. 

Aram Pan seorang jurugambar dari Singapura telah menyertai lawatan untuk peminat penerbangan di sana dan mengambil beberapa gambar menjelaskan syarikat penerbangan di Korea Utara masih menggunakan pesawat terbang era Soviet sebangai pengangkutan udara negara, Air Koryo, ditambah dengan pengangkutan kargo.

Syarikat penerbangan itu, yang didirikan pada tahun 1950, perkongsian bersama Korea Utara-Soviet  untuk menghubungkan Pyongyang dengan Moscow, kelihatan ianya masih terjebak dalam warp masa.

Dan pada bulan Mac 2006, kerana keselamatan dan penyelenggaraan dan kebimbangan, Air Koryo dilarang terbang ke dalam Kesatuan Eropah. Pada bulan Mac 2010, syarikat penerbangan itu telah dibenarkan untuk menyambung semula operasi tetapi hanya dengan pesawat TU-204s mereka.


Thursday, 30 April 2015

Senarai 10 Syarikat Penerbangan Dengan Pramugari Paling Cantik







Bidang tugas sebagai pramugari kapal terbang sudah tentu amat mencabar dan memenatkan, namun tidak dinafikan merupakan satu kerjaya yang penuh glamor.


Pramugari secara tidak langsung melambangkan imej syarikat penerbangan yang diwakili. Mengetahui pengaruh para air hostess ini terhadap penumpang, semakin banyak syarikat penerbangan yang mulai menitikberatkan penampilan pelayan pesawatnya dengan mengambil kira ketinggian, bentuk tubuh dan rupa mereka.

Dalam artikel ini, kami senaraikan sepuluh syarikat penerbangan antarabangsa dengan pramugari tercantik.

10. Virgin Atlantic

Capture21