SEBELUM gempa bumi berskala 7.9 menggegar Nepal, Ishwor Ghimire sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah rumah anak-anak yatim di Kathmandu.
Namun, sebaik berlaku gegaran itu, remaja berusia 19 tahun ini dengan pantas menyelamatkan anak-anak yatim yang ketakutan di situ.
Tindakannya sebagai hero itu telah menyelamatkan 55 nyawa anak yatim yang berada di situ.
“Kesemua kanak-kanak itu panik dan mula menjerit serta menangis.
“Saya segera mengarahkan mereka keluar dari bangunan itu,” katanya kepada MIC.
Ishwor kemudiannya membawa kesemua kanak-kanak yang berumur 4-16 tahun itu ke tanah rata.
Selepas gempa bumi reda, dia membawa pula mereka ke sebuah gereja sebagai tempat perlindungan sementara.