Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

13 PESAN RASULULLAH S.A.W. MENJELANG RAMADHAN

Assalamualaikum wbt, Salam Ramadhan Kepada Semua Pembaca, Disini saya nak berkongsi serba sedikit kelebihan2 yang terdapat pada bulan Ramadhan, Mungkin kita semua sudah pernah dengar dari majlis-majlis ilmu atau terbaca dari mana2 bahan bacaan, tetapi sebagai manusia biasa yang lumrahnya perlukan peringatan lagi dan lagi. 

Mudah-mudahan ia dapat memberi syafaat kepada sidang pembaca dan juga khususnya buat si pencoret posting ini, InsyaALLAH.



Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut: “Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh berakah, 


1. Iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan;





 2. Bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu kewajiban dan qiyam (shalat) pada malam   harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan). 





3. Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunnah) di dalamnya, (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban (fardlu) di bulan yang lain. 





4. Dan siapa saja yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain. 



Monday, 25 May 2015

Istimewanya Kota Madinah Di Hati Rasulullah

Madinah sangat istimewa buat umat Islam, ia adalah kota suci kedua selepas Mekah. Terletak di daerah Hedzjaz, Semenanjung Arab, kira-kira 275 kilometer dari Laut Merah, 450 kilometer dari Kota Mekah dan 1,000 kilometer dari Riyadh, Arab Saudi.


Kota Madinah

Rasulullah SAW adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan kota ini sebagai kota suci (al-Haram).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud' "Sesungguhnya Nabi Ibrahim menjadika Mekah sebagai tanah haram, aku pun menjadikan Madinah sebagai tanah haram". (HR Muslim)

Wednesday, 20 May 2015

Keajaiban 10 Zikir pilihan dari Rasulullah SWT




Zikir adalah penolong yang mampu menghilangkan kelelahan dan keletihan jiwa akibat sibuk dengan dunia, serta mampu mengisi kehampaan nurani. Zikir merupakan jalan menuju kebahagiaan dan merengkuh kemenangan. Zikir mampu memberikan kehangatan ruhani sekaligus memberikan kesembuhan jiwa. Dalam zikir, jiwa terasa dekat dengan Sang Mahakasih, teduh dalam naungan cinta-Nya, dan hangat dalam dekapan kasih-Nya.




Jika kita senantiasa berzikir, getaran ilahiyah akan mengalir dalam organ-organ tubuh kita. Zikir mampu menyingkirkan awan ketakutan dan menepis kegundahan, serta menghadirkan kebahagiaan. Persoalan hidup akan terasa ringan, jiwa yang terguncang akan kembali tenang. Pikiran pun menjadi terang. Zikir juga merupakan penyadar dan senjata ampuh untuk memusnahkan kejenuhan pikiran, melenyapkan duka lara.

Wednesday, 6 May 2015

Tangisan Rasulullah SAW Menyebabkan Para Malaikat Lupa Bertasbih

Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !"



Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"



Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !"



Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.








Saturday, 18 April 2015

Berwuduk Cara Rasulullah

air sembahyang
C

Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a:

Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk.

Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali.

Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali.

Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk.

–Hadith riwayat Muslim.