Madinah sangat istimewa buat umat Islam, ia adalah kota suci kedua selepas Mekah. Terletak di daerah Hedzjaz, Semenanjung Arab, kira-kira 275 kilometer dari Laut Merah, 450 kilometer dari Kota Mekah dan 1,000 kilometer dari Riyadh, Arab Saudi.
Rasulullah SAW adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan kota ini sebagai kota suci (al-Haram).
Sabda Nabi SAW yang bermaksud' "Sesungguhnya Nabi Ibrahim menjadika Mekah sebagai tanah haram, aku pun menjadikan Madinah sebagai tanah haram". (HR Muslim)
Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts
Monday, 25 May 2015
Wednesday, 29 April 2015
SubhanaAllah! Angkasawan Russia Rakam ‘Detik’ Menakjubkan Mekah & Madinah Dari Ruang Angkasa??!!
Anton Shkaplerov, angkasawan rusia berjaya merakamkan dua keping gambar yang cukup menakjubkan iaitu gambar pemandangan indah Kota Suci Mekah dan dan Madinah pada waktu malam.
Apa yang menariknya, dua keping gambar tersebut memaparkan Kota Makkah dan Madinah yang bercahaya warna kuning ketika waktu malam . Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pula kelihatan seperti titik putih yang berkilauan.
Anton yang kagum dengan gambar yang dirakamkan di stesen angkasa Antarabangsa (ISS) berkongsi di Twitter miliknya dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Kejadian Allah tiada siapa yang tahu dan sebaik baik ciptaan nya adalah dariNya.
Labels:
Angkasa,
Angkasawan,
Detik,
Madinah,
Mekah,
Menakjubkan,
Rakam,
Ruang,
Russia,
SubhanaAllah
Sunday, 26 April 2015
[GAMBAR]Tren Berkelajuan Tinggi Mekah - Madinah Sedia Beroperasi
Kereta api canggih berkelajuan tinggi akan memudahkan perjalanan jemaah daripada Mekah ke Madinah.
Ini merupakan projek Haramain High Speed Rail yang juga dikenali sebagai Mekah-Madinah High Speed Train. Perjalanan kereta api antara bandar ini adalah sejauh 453.0 kilometer di bawah pembinaan Arab Saudi.
Ia akan menghubungkan bandar-bandar suci Madinah dan Mekah melalui Bandaraya Ekonomi Raja Abdullah, Rabigh, Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz. Ia juga akan disambungkan dengan rangkaian kebangsaan di Jeddah.
Projek yang bermula pada tahun 2009 ini telah lewat selama dua tahun dari perancangan awal yang sepatutnya mula beroperasi pada tahun 2012. Namun kini ia sedia memulakan operasi secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember 2015.
Kereta api ini dijangka akan membawa lebih tiga juta orang penumpang setiap tahun termasuk jemaah haji dan umrah bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalanraya.



Labels:
Berkelajuan,
Beroperasi,
GAMBARTren,
Madinah,
Mekah,
Sedia,
Tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)