Madinah sangat istimewa buat umat Islam, ia adalah kota suci kedua selepas Mekah. Terletak di daerah Hedzjaz, Semenanjung Arab, kira-kira 275 kilometer dari Laut Merah, 450 kilometer dari Kota Mekah dan 1,000 kilometer dari Riyadh, Arab Saudi.
Rasulullah SAW adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan kota ini sebagai kota suci (al-Haram).
Sabda Nabi SAW yang bermaksud' "Sesungguhnya Nabi Ibrahim menjadika Mekah sebagai tanah haram, aku pun menjadikan Madinah sebagai tanah haram". (HR Muslim)
