Showing posts with label KONDOM. Show all posts
Showing posts with label KONDOM. Show all posts

Monday, 25 May 2015

Jururawat ‘Nakal’ Jadi Model Promosi Kondom



BEIJING – Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung pada 12 Mei lalu nampaknya turut dijadikan medan terbaik untuk mempromosikan kondom dengan penampilan imej jururawat seksi di China baru-baru ini.


Iklan diterbitkan firma pengeluar alat sarung zakar lelaki yang terbesar di dunia, Durex yang berpusat di Britain itu bagaimanapun tidak disedari sesiapa walaupun disiarkan menerusi laman web tempatan ternama JD.com.


Ironi, penampilan seorang jururawat berpakaian agak ‘nakal’ dengan gaya ghairah itu menerima kritikan ramai netizen dari seluruh China sejurus ia dimuat naik secara tidak sengaja melalui laman media sosial popular Weibo.

Saturday, 9 May 2015

AISKRIM KONDOM TIMBULKAN KONTROVERSI DI CHINA





AISKRIM KONDOM TIMBULKAN KONTROVERSI DI CHINA | Ais krim berbentuk kondom semakin popular di kalangan kanak-kanak di China. Aiskrim yang dikenali sebagai 'Bubble Cream', telah mendapat kritikan daripada ibu bapa. Ia dibungkus dalam sarung getah dan perlu digigit pada bahagian hujung. 



Kontroversi telah semakin tersebar selepas gambar kanak-kanak menikmati aiskrin di Shenyang telah di muat naik di laman microblogging oleh pengguna dengan nama keluarga Jiang. 



Global Times melaporkan beliau sebagai berkata: 'Saya terkejut bahawa ia kelihatan seperti kondom. 



'Saya berasa malu untuk memakannya sebagai orang dewasa, apatah lagi memberikan kepada kanak-kanak. Bagaimana mereka boleh menjual produk seperti itu kepada kanak-kanak? 



Bapa kepada seorang pelajar sekolah rendah, Encik Wang, menambah: 'Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada anak-anak saya mengapa dia tidak patut memakannya, Ia benar-benar memalukan. '