Showing posts with label Menakutkan. Show all posts
Showing posts with label Menakutkan. Show all posts

Monday, 25 May 2015

7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia

Ada beberapa perkara di dunia yang tidak kelihatan seksi walaupun ia dilakukan oleh seorang wanita. Lebih-lebih lagi pula jika anda terpaksa menerima arahan daripada wanita tersebut.

Gangster girl

Dan lebih menakutkan lagi apabila wanita yang memberikan arahan itu adalah seorang ketua gangster ataupun 'God Mother'. Ini bukanlah cerita gurauan tentang wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia gangster.

Bagi anda yang menyatakan bahawa dunia jenayah hanyalah permainan lelaki pasti akan berfikir dua kali setelah mengenali mereka.

Berikut merupakan 7 wanita yang pernah menggemparkan dunia jenayah.

Judy Moran


Judy Moran

Judy Moran adalah seorang wanita berusia 66 tahun yang telah memimpin gangster terbesar di Melbourne. Dia digelar dengan gelaran 'Family Matriarch'.

Monday, 18 May 2015

Suasana nyata di Neraka Jahanam yang paling mengerikan dan menakutkan






Tidak tertanggung oleh akal manusia untuk membayangkan bertapa Sangat Dalam dan Amat Luasnya Neraka Jahanam. Allah menciptakan 2 tempat Kekal Abadi untuk manusiasetelah kematian di dunia iaitu Neraka dan Syurga. Berapakah keluasan Neraka danApakah Kedalaman Neraka yang dijadikan tempat penyiksaan yang memiliki 7 tingkat atau7 pintu itu. Pada setiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Gerbang Neraka Jahanam dipimpin oleh Malaikat Malik dan di setiap tingkatnya memiliki 19 Malaikat Penyiksa yang bernama Zabaniyah sebagaimana jumlah huruf Basmallah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri / suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam dari azab seksa api neraka-Mu ya Allah
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu Ya Allah, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RahmatMu Ya Allah Amin

Amat Luasnya dan Sangat Dalam Neraka Jahanam



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Rasulullah pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah. Mengapa aku melihat kau berubah muka?

Jawabnya: Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.

Sifat Neraka Jahanam


Lalu Nabi Muhammad saw bersabda: Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam
Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu Baju Ahli Neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Neraka Jahannam itu Sangat Dalam dan Perhiasannya Besi dan Minumannya Air Panas Campur Nanah dan Pakaiannya Potongan-Potongan Api.










7 Pintu Neraka Jahanam


Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?
Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.
*Huraian kefahaman: iaitu semakin ke bawah maka semakin panas

Siapakah Penghuni di setiap pintu Neraka Jahanam

Tanya Rasulullah s.a.w. Siapakah Penghuni di setiap Pintu Neraka Jahanam?
Jawab Jibrail: Pintu yg terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan Orang yang Kafir setelah diturunkan Hidangan Mukjizat Nabi Isa a.s. serta Keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu Ke Dua Neraka Jahanam tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim
Pintu Ke Tiga Neraka Jahanam tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu Ke Empat Neraka Jahanam tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha
Pintu Ke Lima Neraka Jahanam orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu Ke Enam Neraka Jahanam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

Kemudian Jibrail diam kerana segan kepada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
Mengapa tidak kau terangkan penduduk Pintu Ke Tujuh Neraka Jahanam?
Jawabnya: Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

Maka Nabi s.a.w. Jatuh Pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?

Jawabnya: Ya, iaitu orang yg Berdosa Besar dari ummatmu.

Kemudian Rasulullah s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
Sumber: Kitab Peringatan Bagi Yg Lalai

Wednesday, 13 May 2015

Jom Lihat Tandas Paling Extrem Dan Menakutkan Di Dunia



Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.

Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.

Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu.




Friday, 8 May 2015

Gambar Mugshot Penjenayah Yang Menakutkan

Bagi mereka yang tidak tahu, dan yang tidak biasa dengan istilah ini, mugshots adalah gambar-gambar wajah tahananyang di sabitkan dengan jenayah untuk masuk penjara, gambar tipikal depan dan profil. 

Kali ini, kita lihat koleksi mugshots tahanan yang boleh membuatkan anda rasa gerun dan agak menakutkan



Wednesday, 6 May 2015

5 Geng Mafia Yang Paling Kejam Dan Menakutkan



1.Geng Mara Salvarucha 


Geng Mara Salvatrucha merupakan geng paling berbahaya dan menakutkan di dunia. Rata-rata ahli-ahlinya mempunyai tato di sekujur tubuh mereka. Pada awalnya terbentuk di Negara Bahagian California, Amerika Syarikat. Hingga kini mereka mempunyai kira-kira 70 ribu ahli. 

Mereka mengerjakan perkara-perkara dilarang undang-undang seperti berdagang narkotik, menjual senjata api, menjadi pembunuh bayaran, terlibat dalam perdagangan manusia, dan membunuh . Mereka tidak kisah mengorbankan lelaki, perempuan, sampai anak-anak. Bahkan mereka sudah tidak lagi mengenali persaudaraan. Banyak ahli geng membunuh keluarga mereka yang tidak sehaluan. 



2.Raja latin

Raja Latin termasuk geng paling berbahaya dan teroganisir dengan baik. Mereka membesar di Bandar Chicago, Amerika Syarikat dan kebanyakan dianggotai oleh mereka yang berdarah Puerto Rico dan Mexico. Mereka memang tidak sebengis Mara Salvatrucha. 

Namun para anggotanya tersohor lantaran pekerjaan mereka yang kebanyakan cuci wang dan menjadi pembunuh upahan. 



Friday, 1 May 2015

Menakutkan Gambar Hantu Yang Terakam Secara Tak Sengaja



Gamabr hantu terakam secara tak sengaja ini memang menakutkan.
Jika anda berani sahaja, boleh tengok gamba yang seterusnya di bawah...