
1.Geng Mara Salvarucha
Geng Mara Salvatrucha merupakan geng paling berbahaya dan menakutkan di dunia. Rata-rata ahli-ahlinya mempunyai tato di sekujur tubuh mereka. Pada awalnya terbentuk di Negara Bahagian California, Amerika Syarikat. Hingga kini mereka mempunyai kira-kira 70 ribu ahli.
Mereka mengerjakan perkara-perkara dilarang undang-undang seperti berdagang narkotik, menjual senjata api, menjadi pembunuh bayaran, terlibat dalam perdagangan manusia, dan membunuh . Mereka tidak kisah mengorbankan lelaki, perempuan, sampai anak-anak. Bahkan mereka sudah tidak lagi mengenali persaudaraan. Banyak ahli geng membunuh keluarga mereka yang tidak sehaluan.
2.Raja latin
Raja Latin termasuk geng paling berbahaya dan teroganisir dengan baik. Mereka membesar di Bandar Chicago, Amerika Syarikat dan kebanyakan dianggotai oleh mereka yang berdarah Puerto Rico dan Mexico. Mereka memang tidak sebengis Mara Salvatrucha.
Namun para anggotanya tersohor lantaran pekerjaan mereka yang kebanyakan cuci wang dan menjadi pembunuh upahan.

