Showing posts with label WALAUPUN. Show all posts
Showing posts with label WALAUPUN. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Kisah Kubur Bercahaya Walaupun Arwah Tidak Tahu Membaca Al - Quran !!!


Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata...

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar...

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu...

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu...

Friday, 15 May 2015

RUPANYA RAMAI YANG TIDAK TAHU!! WALAUPUN BERTAUBAT, 6 DOSA INI TIDAK AKAN DIAMPUNKAN ALLAH SWT




RUPANYA RAMAI YANG TIDAK TAHU!! WALAUPUN BERTAUBAT, 6 DOSA INI TIDAK AKAN DIAMPUNKAN ALLAH SWT | Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Sila baca .. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah... 



1- Makan harta anak yatim secara haram.



Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).



2- Menuduh wanita solehah berzina.



Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).