Showing posts with label Mudah. Show all posts
Showing posts with label Mudah. Show all posts

Friday, 15 May 2015

Gua Di Penuhi Beribu Keranda Agar Roh Si Mati Mudah Naik Ke Syurga

Beribu-ribu keranda kayu dibiarkan perlahan-lahan reput dalam gua dengan kepercayaan ia akan membenarkan roh-roh naik ke syurga.

Keranda kayu disusun dalam gua di tebing-tebing curam Anshun, di Guizhou Province barat daya China, dipercayai telah diamalkan sejak zaman purba. 

Dalam salah satu gua sahaja terdapat lebih daripada 500 keranda disusun, lapisan atas lapisan dalam pelbagai peringkat pereputan. Ia menjadi 'keranda gua' untuk penduduk keluarga Liu dari lima kampung sejak zaman purba. 

Menurut cerita-cerita rakyat tempatan, orang-orang yang hidup di kawasan itu berpindah dari dataran di tengah China ke pergunungan Guizhou Province beberapa abad yang lalu untuk mengelakkan peperangan.

Satu legenda mengatakan bahawa mereka berharap untuk satu hari nanti mereka kembali ke tanah air mereka, mereka tidak mengebumikan si mati mereka tetapi sebaliknya menyusun keranda mereka dalam gua. 

Menurut cerita-cerita lain tradisi bermula kerana kawasan ini sering landa banjir dan keranda telah disimpan di dalam gua untuk menghalang ia daripada terjejas. 

Berada dalam gua juga bermakna bahawa keranda lebih hampir dengan langit dan oleh itu lebih dekat dengan syurga. 


Saturday, 2 May 2015

Kisah Benar Bertunang Sesaat – Kahwin Paling Mudah, Halal Elak Maksiat

1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya “mu nak nikah tak harini?

9292_890794250935083_1074262810012352297_n

Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha. Ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku , dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?

Ustaz tu cuma jawap “boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat” ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat” dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.