Showing posts with label Berbahaya. Show all posts
Showing posts with label Berbahaya. Show all posts

Sunday, 17 May 2015

Jalan Paling Berbahaya Di India Di Beri Nama 'Timbunan Mayat'


Jalanan maut yang berada di laluan Rohtang yang membelah pergunungan Himalaya pada ketinggian 3.978 m . Rohtang dalam bahasa tempatan bermaksud " timbunan mayat " kerana ramai orang yang maut ketika melalui laluan tersebut ketika cuaca buruk . Laluan itu menghubungkan lembah Kullu dengan Spiti di Himachal Pradesh , India .

Jalan Rohtang amat berbahaya namun ada satu titik jalan yang dikatakan sebagai yang paling maut di dunia . Jalan itu tepatnya terletak di killar , lembah Pangi , menuju ke Kishtwar . Jalan sehaluan itu mirip sebuah overdraf yang dipahat di tepian gunung batu .


Saiz jalan maut itu hanya muat dilalui satu kenderaan tanpa pagar keselamatan yang boleh menyebabkan kendaran boleh terus terjun ke gaung jika tergelincir satu inci sahaja . Jika anda menaiki kereta melalui jalan itu anda akan dapat melihat sungai di dasar gaung ketika menjenguk dari tingkap .

Thursday, 14 May 2015

Inilah Laluan Pejalan kaki Yang Paling Berbahaya di Dunia




Bagi yang sukakan cabaran, untuk merasakan sensai berjalan di bibir tebing berumur 110 tahun yang dinamakan El Caminito Del Rey, Sepanyol. Anda tidak perlu mempunyai pengalaman menaiki gunung, yang penting anda harus mempunyai keberanian berjalan di bibir tebing dan tentunya tidak takut pada ketinggian.

Anda akan berjalan diatas papan kayu tipis yang sering disebut dengan â?? Kinga? S Pathwayâ?. Papan kayu tersebut dibuat pada tahun 1905 dalam mengerjakan penjanaan elektrik tenaga air, namun projek tersebut ditutup pada tahun 2000 kerana dua pekerja maut setelah jatuh dari tebing. 



Friday, 17 April 2015

Kenapa Kepak Ayam Berbahaya Kepada Wanita?

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.


Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.

Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

2

Sekadar gambar hiasan








Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.

Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.