TERKINI: MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN KERAP, MEMBUATKAN ANDA TIDAK GEMBIRA | Terbaru, kajian mendapati, melakukan seks dengan kerap membuatkan anda tidak gembira.
Memetik daripada Metro.co.uk, penyelidik dari Carnegie Mellon University membuat kajian pada 32 pasangan yang sudah berkahwin untuk melakukan seks dua kali ganda daripada kebiasaan mereka, manakala 32 pasangan lain pula mengadakan hubungan seks pada frekuensi normal mereka.
Selepas itu, ketika ditanya pasangan yang mengadakan hubungan seks dengan lebih kerap, mereka rasa tidak gembira dan tidak bahagia.
Mereka juga menyatakan bahawa kekerapan melakukan seks menyebabkan mereka merasa kurang keinginan antara satu sama lain.
Jelas mereka lagi, mereka tidak lagi menikmati hubungan seks yang dilakukan jika mereka lakukannya dengan kerap.
“Keinginan untuk melakukan hubungan seks kurang dengan lebih cepat, jika lakukan dengan kerap , “kata Tamar Krishnamurti dari Carnegie Mellon University.
“Daripada memberi tumpuan kepada meningkatkan kekerapan seksual ke tahap yang mereka alami di awal hubungan, pasangan mungkin mahu mewujudkan persekitaran yang mencetuskan keinginan mereka untuk melakukan hubungan seks yang lebih menyeronokkan.”tambahnya lagi.
sumber
No comments:
Post a Comment