Wednesday, 20 May 2015

Rahsia tidur di celah ketiak suami yang ramai isteri tak tahu




Dari sebuah bancian yang dilakukan ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin, didapati hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Manakala peratusan itu menurun drastik iaitu hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Rahsia kelebihan tidur berbantalkan
lengan suami (dicelah ketiak suami)



Tahukah para isteri, bahawa hormon bau phero (Pheromone) yang dirembes dari ketiak suami (lelaki) boleh mengaktifkan hormon isteri/wanita hingga membuat mereka merasa damai dan tenang? Malahan mampu menjadi penawar stres.

Dinyatakan bahawa sebenarnya hampir 65% bau badan suami/lelaki datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Kebiasaannya pheromone manusia terdapat di celah ketiak ketika perpeluhan berlaku. Penemuan saintis mendapati bahawa, wanita memilih lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anaknya berdasarkan faktor-faktor PHEROMONE yang dimiliki oleh lelaki tersebut! Fakta ini memang menarik, bukankah begitu?

Jadi kepada para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rileks dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rileksnya).

Dari kajian itu juga menyatakan, isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Peringatan untuk para suami/lelaki, sebaiknya janganlah dicukur bulu ketiak anda tetapi dicabut yang merupakan sunnah Nabi s.a.w, supaya liang-liang peluh dicelahan ketiak yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita tersebut mudah dirembeskan.

Sebagai penutup, kepada para isteri yang mahu berasa nyaman di sisi suami tercinta, jangan lupa praktikkan tidur atas lengan suami pada malam ini ye!




Sumber : Paku Karat



No comments:

Post a Comment