Saturday 16 May 2015

INGIN LAKUKAN AKTIVITI MENYERONOKKAN LAIN DARI YANG LAIN? 5 TEMPAT INI ADA JAWAPANNYA!!




INGIN LAKUKAN AKTIVITI MENYERONOKKAN LAIN DARI YANG LAIN? 5 TEMPAT INI ADA JAWAPANNYA!! | Anda dah bosan dengan aktiviti menyeronokkan yang sering anda lakukan?



Kami ada jawapan untuk anda untuk mengisi lapang dengan aktiviti menyeronokkan lain dari yang lain.



Lebih menarik, tempat yang kami senaraikan ini bukan sahaja menguji minda anda, malah memberikan suasana berbeza yang pasti anda tidak dapat lupakan.



1. JumpStreet







JumpStreet merupakan tempat riadah yang bukan sekadar untuk bersuka ria tetapi menyihatkan. Di sini, anda boleh memilih pelbagai tahap atau jenis lompatan sesuai dengan anda, antaranya The Wall, Foam Pit, The Main Court, Dodge Ball dan Big Bang yang sememangnya mempunyai keseronokan tersendiri.



Selain aktiviti melompat, tempat ini juga turut menyediakan kemudahan lain termasuk sambutan hari lahir, majlis korporat, acara keluarga dan banyak lagi.



Tidak mahu melompat, Jump Cafe menyediakan pelbagai menu sihat yang menanti anda.



Alamat: 8a Jalan 13/6 Seksyen 13, Petaling Jaya




2. Hulu Langat Fishing Resort







Bagi mereka yang gemar aktiviti memancing, anda tidak perlu pergi jauh untuk menangkap pelbagai jenis ikan besar seperti Mekong, pacu, patin atau Siamere Crap yang hanya terdapat di Thailand kerana Hulu Langat Fishing Resort adalah lubuk kepada ikan-ikan tersebut.



Menawarkan kira-kira 10 spesies ikan dan lebih 10,000 ikan yang menghuni kolam sedalam lebih kurang 6.7 meter, Hulu Langat Fishing Resort ini adalah lokasi memancing yang mengetengahkan konsep pancing dan lepas.

Jika biasanya lokasi memancing lebih kepada pondok kecil yang diperbuat daripada kayu, di sini ia lebih moden.



Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah televisyen yang disertakan dengan siaran televisyen berbayar Astro, kipas, singki dan perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran yang terdapat di sini.



Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Kuala Lumpur.



3. Dialogue In The Dark







Dengan keunikan diketengahkan, Dialogue In The Dark nyata mendapat sambutan tersendiri dan berjaya menerima kunjungan dari 30 negara dan 130 bandar di seluruh dunia sejak dibuka pada 1988.



Dengan tujuan mahu memberikan satu pengalaman berbeza kepada pengunjung dan supaya mereka lebih menghargai aset terpenting dianugerahkan iaitu mata, konsep yang diketengahkan oleh Dialogue In The Dark ialah berdialog dalam keadaan gelap.



Pengunjung akan dibawa masuk ke dalam satu bilik yang gelap secara berkumpulan bagi merasai sendiri bau, bunyi, tiupan angin dan suhu di dalam persekitaran seharian sebagai contoh taman, bandar, pelayaran bot dan bar.



Apa yang paling menarik adalah jurupandu yang akan memimpin pelawat di dalam bilik yang cukup gelap ini merupakan orang buta.



Menerusi aktiviti unik selama 45 minit ini, menjadikan satu pengalaman baru yang cukup bermakna.



Alamat : 100-P1-001, The School, Block J, Jaya One, 72A, Jln Universiti, 46200 Petaling Jaya.



4. District21







Pertama di Malaysia, District21 ternyata taman tema pengembaraan mengujakan. Terletak di atrium berhawa dingin di IOI City Mall Putrajaya, pelbagaian cabaran disediakan yang pasti membuatkan anda pulang dengan keseronokan.



Menyediakan 11 tarikan, banyak cabaran di sini tidak pernah dilihat di Asia. Di District21 ini juga memberi peluang kepada anda memanjat, melompat, menunggang, menggelongsor dan terbang.



Memanjat dinding, melompat dari satu tempat ke satu tempat, menunggang apa juga jenis tunggangan dan mungkin terbang di udara biasanya dilakukan di kawasan terbuka tetapi apa yang menarik di sini, semua cabaran dilakukan di kawasan berhawa dingin dan tertutup.



Mengunjungi District21 ini, antara aktiviti yang perlu anda cuba ialah Tubby Ride, Launch Pad, Power Station, The Maze dan Pump Track.



Bagi anda yang datang bersama anak, tidak perlu risau kerana keselamatan semasa melakukan aktiviti sangat dititikberatkan di District21.



Alamat: IOI City Mall, Kuala Lumpur



5. Breakout







Tempat ini menjadi fenomena terbaru bagi mereka yang gemarkan aktiviti menyeronokkan lain dari yang lain. Breakout merupakan tempat untuk mereka yang berminat dengan permainan Escape Game.



Ia merupakan permainan yang menguji minda. Mereka perlu menjawab soalan yang diberikan untuk melepaskan diri.



Terdapat 5 jenis bilik yang disediakan menjadi pilihan untuk menyelesaikan persoalan untuk kes yang disediakan. Bagi mereka yang ingin menjadi detektif yang menyelesaikan kes pembunuhan, disini adalah tempatnya untuk anda merasai keseronokan tersebut.



Alamat: L2-16 (Level 2) Avenue K Shopping Mall (LRT KLCC station) Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment