Wednesday, 17 June 2015

Padah Curi Kabel TNB








IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Pantai Saujana 2 di Pantai Remis, semalam.





Mayat lelaki yang berusia 24 tahun itu ditemui di dalam parit pada jam 4 petang.





Hasil bedah siasat mendapati, mangsa telah mati dua atau tiga hari yang lalu dan apabila ditemui, mayat mangsa dikerumuni lalat.







Mangsa dipercayai cuba mencuri kabel TNB, namun tersilap langkah mengambil kabel hidup menyebabkan mangsa direnjat elektrik yang menyebabkan mangsa mati serta merta.





Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah merancang mencuri kabel TNB kerana polis juga turut menemui beberapa peralatan seperti pemotong kabel, pelayar, gunting berhampiran dengan mayat mangsa dipercayai untuk memotong kabel.





Siasatan juga mendapati, mangsa baru saja dibebaskan dari pusat pemulihan dadah dan pernah ditahan polis atas kes dadah.











Polis mengklasifikasikan mangsa mati mengejut dan mayat mangsa ditempatkan di Hospital Seri Manjung. 

No comments:

Post a Comment