Nota Editor: Kisah ini pada awalnya dipaparkan di Profil FB Abang Long, penulis buku Aku, Dia dan Rezeki. Beliau telah mendapat tahu satu rahsia daripada seorang peniaga yang baik untuk dikongsikan kepada para peniaga. Dengan izin beliau, The Vocket menukilkan semula kisah inspirasi beliau di sini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada kisah ini.
#Aku kalah!
#Aku tewas!
#Setiap kali solat Jumaat.
#Kebiasaannya, suhu agak panas. Maka, sa-ya lebih suka meletakkan motor di bawah sebuah pohon rendang, hanya beberapa langkah dari masjid.
#Kali ini, sewaktu sa-ya sampai, sa-ya bertembung dengan seorang penunggang motor lagi. Menuju ke lokasi yang paling selesa untuk parkir.
#Penunggang itu terus menyantuni sa-ya. Dia memberikan jalan dan laluan kepada saya untuk parkir di bawah pohon itu.
#Motornya dibelakang motor sa-ya . Terdedah kepada terik mentari . Baik sungguh hati pemuda ini. Bisik hati sa-ya.
#Saya kalah dengan budinya !
#Saya terus memimpin anak sa-ya ke arah gerai menjual air, yang parkir di luar perkarangan masjid. Sa-ya dan anak berjalan beriringan dengan pemuda itu.
#Sebaik kami mendapat air yang dipesan. Pemuda itu terus membuat pembayaran. Harga minuman kami turut dibayar sama. “Terima kasih dik!” sa-ya ucapkan terima kasih kepada pemuda itu.
#Pemuda itu terus beredar dari situ. Dalam perjalanan masuk ke dalam kawasan masjid, anak sa-ya terus bertanya.
#“Abah, air soya berapa ringgit satu plastik?” Dari soalan itu sa-ya sudah menyedari yang anak sa-ya juga sedang memikirkan perbuatan pemuda dan peniaga tadi. Usai solat Jumaat, sa-ya singgah semula ke gerai tadi. Untuk membeli tau fu fah.
#Pelajar madrasah berdekatan begitu ramai berkerumun, semuanya mengambil air soya. Tidak kelihatan pelajar itu membayar harga minuman.
#Sewaktu hendak membayar, sa-ya terus bertanya kepada peniaga itu persoalan yang bermain di hati saya.
#“Tuan, maaf ya . Sebelum solat Jumaat tadi , ada pemuda yang bayarkan harga minuman sa-ya dan anak sa-ya, kalau tak silap, dia serahkan RM100, tapi tuan tidak memulangkan bakinya ?”
#Tuan peniaga terus memandang keliling . Jelas wajahnya agak gusar.
#“Sebenernya pemuda itu memang belanja budak tahfiz , tiap minggu hari Jumaat , dia yang tolong bayarkan harga minuman budak-budak tahfiz , semua orang tak tahu, harap tuan juga tak bocorkan rahsia ini.” rayu peniaga itu.
#Sa-ya tewas dengan akhlak dan amalan pemuda itu!
No comments:
Post a Comment