Friday, 19 June 2015
Hanya 6 Jam Sehari Sepanjang Ramadan Waktu Kerja Bagi Kakitangan Kerajaan Brunei !!!
#Istana Nurul Iman telah mengeluarkan satu surat pekeliling di mana kerajaan Brunei di bawah pimpinan Sultan Hasanal Bolkiah memperkenan untuk Rakyat menyelaraskan waktu bekerja kakitangan kerajaannya sepanjang bula Ramadan .
*Waktu bekerja bagi kakitangan kerajaan Brunei sepanjang Ramadan tahun ini diselaraskan kepada enam jam sahaja sehari bagi hari biasa dan cuma tiga jam setengah pada Jumaat.
*Pada hari Isnin hingga khamis waktu kerja mereka adalah dari pukul 8-00 pagi hingg pukul 2-00 petang manakala pada hari jumaat waktu kerja mereka hanya tiga jam iaitu dari pukul 8-00 pagi hingga 11-30 pagi .
*Surat pekeliling baru itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Tetap , Jabatan Perdana Menteri Brunei , Yahya Idris pada Isnin di mana Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan tersebut.
*Sementara itu bagi pekerja sektor swasta , kerja mereka akan dikurangkan satu jam daripada kebiasaan dan waktu untuk memulakan kerja hanya perlu mengikut budi bicara majikan masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment