Showing posts with label Surut. Show all posts
Showing posts with label Surut. Show all posts

Sunday, 24 May 2015

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

Pulau-pulau yang tersenarai dibawah sememangnya istimewa kerana ianya adalah pulau-pulau yang boleh 'berhubung' dengan tanah besar jika air surut yang mana kita boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk ke situ. Manakala jika air pasang pula, ia akan terpisah dengan tanah besar dan menjadi pulau sepenuhnya. 


Pulau St. Michael's Mount
United Kingdom




Pulau ini terletak kira-kira 366 meter dari persisiran pantai Teluk Mount di Cornwall, United Kingdom. Ia dihubungkan dengan tambak buatan manusia yang boleh dilalui ketika air pasang pertengahan dan juga ketika air surut. Gereja yang terdapat dipulau ini iaitu St. Michael ialah sebuah bangunan yang didirikan sejak kurun ke 15. Mengikut kajian yang dijalankan, jika berlaku peningkatan air lautan bersama-sama dengan hakisan maka sebahagian pantai Cornwall akan berhadapan risiko dan ini termasuklah St. Michael Mount.