Showing posts with label Pulau. Show all posts
Showing posts with label Pulau. Show all posts

Sunday, 24 May 2015

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

Pulau-pulau yang tersenarai dibawah sememangnya istimewa kerana ianya adalah pulau-pulau yang boleh 'berhubung' dengan tanah besar jika air surut yang mana kita boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk ke situ. Manakala jika air pasang pula, ia akan terpisah dengan tanah besar dan menjadi pulau sepenuhnya. 


Pulau St. Michael's Mount
United Kingdom




Pulau ini terletak kira-kira 366 meter dari persisiran pantai Teluk Mount di Cornwall, United Kingdom. Ia dihubungkan dengan tambak buatan manusia yang boleh dilalui ketika air pasang pertengahan dan juga ketika air surut. Gereja yang terdapat dipulau ini iaitu St. Michael ialah sebuah bangunan yang didirikan sejak kurun ke 15. Mengikut kajian yang dijalankan, jika berlaku peningkatan air lautan bersama-sama dengan hakisan maka sebahagian pantai Cornwall akan berhadapan risiko dan ini termasuklah St. Michael Mount.

Monday, 4 May 2015

Anda Pasti Tidak Pecaya Yang Uniknya Dengan Pulau Ini



Pulau unik ini bernama Pulau Fadiouth. Di hujung Petite Cote, hamparan pantai di Senegal, ada sebuah pulau nelayan bernama Joal Fadiouth. Dihubungkan oleh jambatan kayu sempit sepanjang 400 meter dari Joal Fadiout ini, anda boleh pergi ke sebuah pulau yang keseluruhannya terbentuk dari kulit kerang.


Keunikannya adalah seluruh bahagian Fadiouth benar-benar terbentuk daripada cengkerang kerang laut. Di keseluruhan pulau kelihatan dengan jelas bekas cengkerang kerang, terhampar di jalanan hingga menjadi perhiasan rumah penduduk. Bahkan Fadiouth terkenal dengan komplek kubur yang juga daripada cengkerang kerang.

Selama lebih dari 100 tahun penduduk Fadiouth menuai kerang dan mengambil isinya. Dan cengkerangnya yang sudah tak terpakai dibuang hingga terkumpul membentuk sebuah pulau. Tumpukan cengkerang kerang selama beratus-ratus tahun pulau itu dijalin dengan akar pokok bakau, alang-alang dan Baobab raksasa hingga menjadi stabil.

Saturday, 18 April 2015

Gambar Paling RARE Jambatan Pulau Pinang Pada Tahun 1985




Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, 

orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu.



Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi,dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu.



Beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.




Kini terdapat acara tahunan larian merentasi jambatan tersebut tetapi ia sudah tentu tidak sama dengan peristiwa 1985 itu.