Showing posts with label Mahsuri. Show all posts
Showing posts with label Mahsuri. Show all posts

Friday, 1 May 2015

Misteri Sumpahan Mahsuri Di Langkawi

Sudah menjadi suatu kebiasaan, melancong ke Langkawi sudah pasti Makam Mahsuri antara destinasi utama yang dilawatinya. Pernahkah anda berkunjung ke Makam Mahsuri? Di sini tersimpannya kisah misteri sumpahan Mahsuri yang dibunuh angkara fitnah.
Jika anda berkunjung ke sini, terdapat pelbagai koleksi pra sejarah yang dipamerkan. Selain itu, mereka juga menyediakan satu panggung mini yang menceritakan kisah awal Mahsuri sehinggalah ia mati dibunuh.

mahsuri1

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

mahsuri2