"KECIL SALAH, BILA BESAR PULA MASALAH" | Kecil salah,bila besar pula masalah,haih,macam-macam hal lah kan.Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.
Namun berbeza Zuriana yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.
Zuriana, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.