BEYONCE, KIM K, J.LO 'BOGEL' DALAM MAJLIS MET GALA | SUPERSTAR sensasi Hollywood Beyonce, Kim Kardashian dan Jennifer Lopez mencuri perhatian para hadirin dan pihak media yang menghadiri majlis tahunan Met Gala yang diadakan di New York, semalam.
Ini semua gara-gara pakaian terlampau menjolok mata yang digayakan mereka sehingga hampir membogelkan keseluruhan diri mereka di khalayak ramai.
Kim Kardashian tidak usah dipertikaikan lagi kebolehannya berbogel kerana benda ini sudah seakan menjadi forte buat dirinya.
Menggayakan gaun putih kristal rekaan Roberto Cavalli, Kim K hadir bergaya bersama suaminya, penyanyi rap, Kanye West.