Showing posts with label Lupakan. Show all posts
Showing posts with label Lupakan. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Jangan Ambil Harta Di Sungai Furat, Lupakan Kekayaan Itu!

Namanya Sungai Eufrat atau Furat. Turut dikenali dengan nama lain iaitu Euphrates dan al-Furat yang bermaksud 'air paling segar'. Sungai Furat antara sungai terpanjang di Asia Barat. Ia merentasi tiga buah negara iaitu Iraq, Syria dan Turki.



Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Maka ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu".

Dalam riwayat lain pula disebutkan: "Sudah dekat suatu masa dimana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir disitu janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis itu jelas menerangkan bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar ini akan surut apabila tiba waktunya. Ketika itu akan tersingkaplah harta karun yang tersembunyi di dalamnya.

Begitu besar nilainya apabila diibaratkan bagai gunung emas hingga manusia sanggup berbunuhan untuk merebut kekayaan itu.