Showing posts with label Kekayaan. Show all posts
Showing posts with label Kekayaan. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Jangan Ambil Harta Di Sungai Furat, Lupakan Kekayaan Itu!

Namanya Sungai Eufrat atau Furat. Turut dikenali dengan nama lain iaitu Euphrates dan al-Furat yang bermaksud 'air paling segar'. Sungai Furat antara sungai terpanjang di Asia Barat. Ia merentasi tiga buah negara iaitu Iraq, Syria dan Turki.



Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Maka ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu".

Dalam riwayat lain pula disebutkan: "Sudah dekat suatu masa dimana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir disitu janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis itu jelas menerangkan bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar ini akan surut apabila tiba waktunya. Ketika itu akan tersingkaplah harta karun yang tersembunyi di dalamnya.

Begitu besar nilainya apabila diibaratkan bagai gunung emas hingga manusia sanggup berbunuhan untuk merebut kekayaan itu.

Tuesday, 19 May 2015

Saturday, 9 May 2015

Gaya Orang Kaya Pamer Kekayaan Guna Instagram

Media sosial pastinya sangat bermanfaat bagi para pengguna untuk saling berkongsi maklumat. Namun terkadang media sosial juga dimanfaatkan para penggunanya untuk saling pamer harta kekayaan. Apatah lagi si pemilik akaun media sosial tersebut adalah orang super kaya yang hidup bergelumang dengan harta.

Sebelum ini muncul sebuah blog Tumblr bertajuk The Rich Kids of Instagram. Di dalamnya dikumpulkan pelbagai foto pamer kekayaan para pengguna Instagram dari golongan atasan kaya raya.

Foto-foto yang mereka Kongsikan via Instagram dijamin membuat dicemburui orang lain. Ada yang mem-posting foto percutian mewah di atas kapal layar, foto selfie dengan kereta sport yang hebat mahal, pamer jam tangan emas, botol champagne raksasa, dan banyak lagi.

Seorang bloger bernama Maya Sloan telah membuat buku bertajuk Rich Kids of Instagram: Novel yang mengupas trend pamer kekayaan di media sosial berkongsi foto tersebut.

Berikut beberapa di antaranya yang dipamerkan di laman blog The Rich Kids of Instagram.