Showing posts with label Kencing. Show all posts
Showing posts with label Kencing. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

"Elok Ke Bergambar Dengan Lelaki Berpeluk Erat Beserta Air Kencing Syaitan Dihadapan??"




#Baru-baru ini , ada khabar angin daripada seorang peminat Remy Ishak yg mendakwa pelakon ini telah membawa pulang kekasih ke rumahnya. Dakwaan terbuka kepada Remy itu dilakukan individu tersebut di laman media sosial.


#Remy dalam masa yang sama turut melayan komen yang di t inggalkan di Instagram Budi Citawan tersebut namun akhirnya mengambil keputusan untuk berdiam diri setelah diasak bertubi-tubi oleh individu berkenaan.

#Bagaimanapun , melalui mStar Online, Budi yang pernah dikaitkan bercinta dengan Remy melahirkan rasa simpati terhadap pelakon itu kerana masih ada peminat fanatik yang mahukan mereka bersama.

Sunday, 17 May 2015

Tahukah Anda!! Ini Maksud Sebenar Disebalik Warna Air Kencing Yang Ramai Tidak Ketahui...


Selalunya, kita buat tidak peduli bukan?. Namun, tahukah anda bahawa setiap warna air kencing itu membawa makna dan maksud yang tertentu? Dan yang lebih penting, ia membawa maklumat penting pada tahap kesihatan? Silap-silap, kita sebenarnya ada penyakit yang kita sendiri tidak tahu.

Contohnya, jika air kencing putih jernih, ia bermaksud kita terlalu banyak minum air.

Kadang-kadang kencing merah menunjukkan penyakit buah pinggang atau jangkitan saluran kencing. Namun, ia juga mungkin bahawa anda baru sahaja makan makanan dengan pigmen tertentu. Sebagai contoh, makan bit boleh menyebabkan beeturia – lalu terjadi air kencing merah atau merah jambu kerana sebatian yang dikenali sebagai betanin sayuran.
Infografik warna air kencing

Air kencing manusia bukan sekadar najis dan kotoran semata-mata. Allah telah ciptakan air kencing sebagai satu ‘cecair‘ berguna untuk diagnosis sejak zaman permulaan perubatan. Lihat, tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia!

Warna, ketumpatan, dan bau air kencing boleh mendedahkan banyak tentang keadaan kesihatan kita. Di sini, adalah beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari warna air kencing. Perkara yang selalu kita abaikan.

Sumber infografik dari Klinik Cleveland di bawah ini sangat berguna. Ia memberikan informasi dalam bentuk grafik tentang warna air kencing. Sudah tentu, jika anda bimbang tentang warna air kencing anda, disyorkan agar segera berjumpa doktor berdekatan dengan rumah untuk pemeriksaan lanjut.